Jom G Umrah

AIRLINE - KLIA TERUS KE JEDDAH !!!UMRAH AL JAZIRAH UMRAH DARI HARGA RM 5990.00 > Menguruskan Umrah Sepanjang Masa / Badal Haji / Aqiqah / Air Zam zam / Barang dari Haramain /Dam / Perubatan Islam - DI TALIAN ca n wasap 016 6462957

20 Januari 2011

CARA MENGERJAKAN UMRAH


CARA MENGERJAKAN UMRAH


Pada syara' menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan Tawaf, Sa'ei menurut syarat-syaratnya serta menunaikan wajib-wajibnya.

UMRAH

PERBUATAN
HUKUM

Di mana-mana sebelum berniat
Mandi sunat ihram
Sunat
Memakai pakaian ihram
Wajib
Sembahyang sunat ihram
Sunat
Pada bila- bila masa sepanjang tahun jika melakukan haji dan jika berada di Mekah Miqatnya di Jaranah / Tanaim
Di Miqat Haji jika dari Malaysia
Niat
Rukun
Niat ihram di Miqat
Wajib
Lepas niat hingga bercukur/bergunting
Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam berihram
Wajib
Lepas niat hingga mula Tawaf
Talbiah
Sunat
Bila sampai Mekah
Di Baitullah
Tawaf
Rukun
Di Mas'aa
Sa'ei
Rukun
Di Marwah / di mana - mana
Bercukur/bergunting
Rukun
Tertib melaksanakan rukun
Rukun

Tidak ada komentar:

PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH

PANDUAN
LENGKAP HAJI
DAN UMRAH
Disediakan Oleh:
HAJI AZMAN BIN ARIFFIN
http://epanduan.wordpress.com
PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH
Definisi Haji:
Hukum dan Dalilnya: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang
Islam, sama ada lelaki atau perempuan.
Dalil dari al-Quran:
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan
ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai
kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian
makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi
Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.
Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Baginda
s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.wyang
bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga."
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan
tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia
kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." SabdaRasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat
haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang
lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun,
wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w.hanya diam sehinggalah lelaki tersebut
bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya
kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika
kamu berkemampuan."
Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah
rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
Fardu:
Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada
sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu
juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara
fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji
jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara wajib didalam Haji:
Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika
meninggalnya.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'
Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan
dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat,
mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai
pengertian sama.
Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji
Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.
JENIS-JENIS HAJI
Haji Tamattu':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian
mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah
Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk
mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut.
Dia hendaklah menyebut:
Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana
ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin
mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah
daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya
kerana Allah Taala. Serta bertalbiah. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah
Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah
sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak
tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Jemaah
Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu
pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun
sambil berkata:
"Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!
Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka
terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram
dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah
aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu
bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan
segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai
Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku,
daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara
yang Engkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan
pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam."
Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji
Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa
mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang
bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan."
Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,
(bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah
didapati. Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji
Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul
yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan
Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun
bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak
membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa
(mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.
Haji Qiran:
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan
musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari
miqat yang ditetapkan dengan berkata: Yang bermaksud: "Aku telah memenuhi
seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah."
Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia
melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada
tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan
Marwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaanpekerjaan
Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah
Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu
Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga
dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji
secara serentak.
Haji Ifrad:
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di
mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian
menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji,
oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku."
Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan
pekerjaan Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji
bertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya
melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi
Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga
pusingan pertama.
Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk
Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf
Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan.
Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah
dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyang
Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta
mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah
tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah
lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari
Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula
melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian
menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting
sebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara yang
diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh).
Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai
Tawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah
jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan
bertahallul serta dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali
semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama
ada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai
banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf
Wida'.
Haji Untuk Orang Lain:
Sesiapa yang mempunyai perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat Haji tetapi tidak
terdaya untuk menunaikannya sendiri, sama ada disebabkan sakit ataupun tua, dia
hendaklah menghantar seseorang supaya mengerjakan Haji untuknya berpandukan
kepada hadis Al-Fadli bin Abbas: Bahawa seorang perempuan dari Khath'am telah
bertanya kepada Rasullullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, Sesungguhnya Allah
s.w.t. telah memfardhukan ibadat haji keatas hambaNya, aku dapati ayahku terlalu tua
dan tidak dapat bertahan diatas kenderaan, bolehkah aku mengerjakan haji
untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya."
Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah
manakala pendapat Imam Malik: Tidak wajib. Fardu Haji tidak gugur ke atas orang
sakit yang sembuh selepas penggantinya menunaikan Haji untuknya dan dia
diwajibkan mengulangi ibadat Haji. Mengikut pendapat Imam Ahmad fardu tersebut
telah gugur apabila dia sembuh dari sakit. Sesiapa yang telah menunaikan Haji nazar
sedangkan dia belum menunaikan Haji yang fardu, Haji tersebut akan dikira Haji yang
fardu kemudian hendaklah dia menunaikan Haji nazarnya. Sesiapa yang meninggal
dunia sebelum menunaikan ibadat Haji, ataupun Haji yang dinazarkan, walinya
wajiblah mengupah seseorang untuk menunaikan Haji untuknya daripada harta
peninggalannya dan ini merupakan pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali.
Manakala pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula:
Pewaris tidak diwajibkan menunai Haji untuk si mati melainkan apabila si mati telah
mewasiatkannya dan hendaklah dia menunaikan Haji untuk si mati (dengan
perbelanjaan) satu pertiga daripada harta peninggalannya.
Orang yang ingin menunaikan Haji untuk orang lain disyaratkan:
Telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri sama ada dia berkuasa atau tidak. Ini
berpandukan riwayat daripada Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah
terdengar seorang lelaki berkata: "Aku telah penuhi seruanMu untuk Syabramah.":
Lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Apakah kamu telah mengerjakan haji kamu sendiri?"
Dia menjawab: "Tidak". Baginda s a.w. bersabda lagi: "Kerjakanlah haji untuk diri
kamu, kemudian kerjakanlah haji untuk Syabramah."
Ibadat Haji Orang Perempuan:
Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suami
atau mahram yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepada
hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang
perempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama marham." Seorang leleaki telah
berdiri lalu berkata: "Wahai Rasulullah, isteriku telah keluar untuk mengerjakan haji
sedang aku ditugaskan menyertai peperangan?" LaluBaginda s.a.w. bersabda:
"Pergilah dan kerjakan haji bersama isteri kamu."
Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanya
meletakkan syarat:
Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersama
suami atau mahram.
Mengikut pendapat Mazhab Syafie:
Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah
(dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang
thiqah sahaja.
Mengikut pendapat Mazhab Maliki:
Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani oleh
seorang perempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekah
adalah perjalanan selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuan
menyalahi syarat ini dan mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram,
Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.
Meminta Keizinan Suami Untuk Mengerjakan Ibadat Haji:
Suami tidak boleh menegah isterinya dari mengerjakan Haji yang fardu dan Haji yang
dinazarkan manakala Haji sunat bolehlah dia menegahnya. Orang perempuan wajib
ditemani mahram atas perbelanjaannya manakala mahram atau suami tidak
diwajibkan bermusafir bersamanya.
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas, dia dibolehkan mengerjakan
semua perkara yang dilakukan oleh orang Haji tetapi tidak boleh melakukan Tawaf di
Baitullah, berpandukan kepada hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: "Aku tiba di
Mekah ketika sedang haid dan aku tidak melakukan Tawaf, sama ada di Baitullah
ataupun di antara Safa dan Marwah." Katanya lagi: "Aku telah mengemukakan hal itu
kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Lakukanlah sebagaimana
yang dilakukan oleh orang Haji tetapi janganlah mengerjakan Tawaf di Baitullah
sehingga kamu telah suci."
Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf
Qudum gugurlah pekerjaan tersebut dan dia tidak dikenakan apa-apa. Apabila
seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah,
dia hendaklah kekal berada di dalam Ihram sehingga telah suci kemudian bolehlah
mengerjakan Tawaf. Sekiranya seseorang perempuan mengerjakan Tawaf sedangkan
dia didatangi haid, Tawaf tersebut tidak sah mengikut pendapat Mazhab Maliki,
Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, manakala mengikut pendapat Mazhab Hanafi
pula tawaf tersebut sah tetapi makruh yang membawa kepada haram dan dia juga
berdosa serta dikenakan Badanah (Dam seekor unta atau lembu). Apabila seseorang
perempuan didatangi haid atau nifas selepas Tawaf Ifadah dia tidak perlu lagi
mengerjakan Tawaf Wida'.
Ibadat Haji Anak Kecil (Kanak-kanak):
Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan Haji tetapi sekiranya dia
mengerjakannya, Haji tersebut dikira sah tetapi tidak mendapat ganjaran Haji yang
fardu.
Diriwayatkan bahawa seorang perempuan telah mengangkat seorang kanak-kanak
(untuk ditunjukkan) kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Adakah (kanak-kanak)
ini boleh mengerjakan haji?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya dan kamu mendapat
pahala."
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: "Kami telah mengerjakan haji
bersama Rasulullah s.a.w. dan bersama-sama kami juga terdapat wanita dan kanakkanak,
kami telah bertalbiah untuk kanak-kanak kami juga telah melontar untuk
mereka."
Apabila kanak-kanak mengerjakan Haji sebelum sampai umur (baligh), dia
diwajibkan mengerjakan Haji apabila telah sampai umur dan begitu juga dengan
seorang hamba, apabila dia mengerjakan Haji ketika menjadi hamba kemudian
dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekiranya dia mempunyai kemampuan
untuk mengerjakannya.
Ibnu Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Mana-mana kanak-kanak
yang telah mengerjakan Haji kemudian dia telah baligh, wajiblah dia mengerjakan
Haji sekali lagi. Mana-mana hamba yang telah mengerjakan Haji kemudian telah
dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi".
Apabila seseorang kanak-kanak telah mumayyiz bolehlah berniat Ihram sendiri dan
menunaikan ibadat Haji, jika belum mumayyiz walinya bolehlah berniat Ihram dan
bertalbiah untuknya, membawanya melakukan Tawaf dan Saie, Wukuf di Padang
Arafah serta melontar Jamrah untuknya. Sekiranya seseorang kanak-kanak sampai
umur (baligh) sebelum Wukuf di Padang Arafah atau ketika berada di sana, Hajinya
dikira Haji fardu.
Imam Malik berpendapat:
Tidak dikira Haji fardu.
Pendapat Mazhab Hanafi:
Dikira sebagai fardu sekiranya dia memperbaharui niat Ihram selepas baligh.
JENIS-JENIS DAM
Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai
wangi-wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
Berpuasa tiga hari
Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan
setengah gantang.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
Boleh memilih jenis Fidyah sama ada menggantikannya dengan binatang dari jenis
yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk
setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap
cupak.
Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
Boleh memilih sama ada memberi makanan atau berpuasa.
Fidyah kerana menggauli isteri:
Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.
Fidyah bersetubuh:
Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:
Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa
sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.
DAM:
Definisinya:
Dam ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dam Tatawwuk
Definisinya:
Ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: "Nabi Muhammad s.a.w. telah mengorbankan sebanyak seratus ekor
badanah (unta dan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar, Baginda s.a.w. juga
pernah mengorbankan kambing."
Hukumnya:
Sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang mengerjakan
Umrah serta disunatkan memakan daging yang dikorbankan itu kerana Nabi
Muhammad s.a.w. telah memerintahkan supaya sembelihan tersebut dipotong,
dimasak dan memakannya serta menghirup kuahnya." Harus bagi mereka yang tidak
berada dalam Ihram menghantar Damnya ke Mekah supaya dikorbankan di sana
untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Tempat Penyembelihan:
Tanah Haram.
Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur genap lima tahun, lembu yang berumur genap dua tahun atau
kambing yang berumur genap enam bulan.
Dam Tamattu:
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan
diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu
menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan
itu) hingga masa mengerjakan Ibadat Haji.
Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia menyembelih Dam yang mudah
didapati. Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasa
selama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada
keluarganya (tanah airnya). Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Kalau dia tidak
dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa
mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masingmasing).
Tempat Penyembelihan:
Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin dan
harus dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.
Dam Ihsar:
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan
diri kepada Allah s.w.t.
Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sekiranya kamu dikepung
(dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu
bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati."
Hukumnya:
Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat
menyempurnakan ibadat Haji.
Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.
Jenis-jenisnya:
Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.
Korban:
Definisinya:
Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Waktu Penyembelihan Korban:
Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga
berakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).
Hukumnya:
Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Amalan anak
Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah s.w.t. ialah penyebelihan
korban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya
dan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah s.w.t. akan menerima penyembelihan korban
tersebut sebelum darahnya tumpah kebumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan diri
kamu semasa kamu melakukan penyembelihan korban tersebut."
Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah
menyembelih korban dua ekor kabasy yang berwarna antara putih dan hitam serta
mempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh Baginda s.a.w.dengan
tanganya. Baginda s.a.w. mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkan
kaki dibahagian tepi rusuk kibasy tersebut.
Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang
berumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian
sahaja dari tujuh bahagian.
Pembahagiannya:
Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging
tersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan
memakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia
memakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagi
sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.
Penyembelihannya:
Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah dan
selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata: Yang bermaksud: "Wahai
Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akan kembali, oleh
itu terimalah korban daripadaku."
Kisah-kisah Al-Quran: Kisah Penyembelihan
1-Setelah Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s berpindah dari negeri kaumnya, beliau
memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan seorang anak yang soleh, laluAllah
s.w.t mengembirakannya dengan mengurniakan seorang anak yang cantik iaitu Nabi
Ismail a.s yang dilahirkan ketika Nabi Ibrahim a.s berumur 86 tahun. Setelah Nabi
Ismail a.s meningkat dewasa, Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi menyembelih anaknya,
dimana telah ditetapkan bahawa mimpi para Nabi adalah Wahyu. Ini merupakan ujian
yang besar daripada Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah
s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat di
dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa
pendapatmu." Lalu Nabi Ismail a.s menjawab sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang
bermaksud: "Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya
Allah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar. Dikatakan
kedua-duanya telah berserah diri sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang
bermaksud: "Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah s.w.t.
itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di
atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah
menjalankan perintah kami). Setelah kedua-duanya berserah diri untuk menjalankan
perintah Allahs.w.t. dan berazam dengan bersungguh-sungguh, Allah s.w.t telah
menyeru dan memberikan khabar yang mengembirakan melalui
Malaikat. Sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai Ibrahim!
Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah
sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan,
sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu
dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan Kami kekalkan baginya (nama
yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian, salam sejahtera kepada
Nabi Ibrahim, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha melakukan
kebaikan, sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
Setelah tercapai maksud ujian terhadap Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s serta
mereka berdua bersegera untuk menunaikan perintah Allah s.w.t laluAllah
Taala mengantikan dengan seekor kibas putih yang mempunyai mata dan tanduk
yang sempurna sebagai tebusan daripada menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim a.s
mendapati kibas tersebut terikat di sebatang pokok berhampiran bukit Thabir lalu
menyembelihnya di Mina. Tempat ini telah dijadikan sebagai tempat mengerjakan
ibadat Haji dan sunat berkorban bersempena dari peristiwa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s
dan anaknya Nabi Ismail a.s serta berterusan sehingga kepada nabi kita Nabi
Muhammad s.a.w
Meninggikan Asas (Tapak)
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah
s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memerintahkan aku dengan satu perkara" Lalu Nabi Ismail
a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan Allah s.w.t. kepada kamu" Nabi
Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku
akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. memerintahkan aku
supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan
tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya." Mereka berdua mendirikan tapak asas
Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu
manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s
membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas
batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan
batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang
bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah
kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada
keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami
syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah
Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka
seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayatayat
(firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat
kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat).
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Sehinggalah Allah s.w.t. menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada
mereka berdua.
2. Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum Nabi
Ibrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firmanAllah s.w.t: Yang
bermaksud: "Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat
Baitullah (untuk membinanya), ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas
(tapak) Baitullah (Kaabah) itu."
Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah tersebut
telahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t. semenjak menciptakan langit dan bumi. Ini
menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi, manakala pembinaan
Baitullah pula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah telah dibina sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah
diriwayatkan daripada Bani Israil, kita tidak boleh membenarkannya dan mendustakannya,
hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui.
3. Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang
32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah
barat adalah seluas 22 hasta.
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman
adalah sepanjang 31 hasta
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah
seluas 20 hasta
Baginda membina pintu rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara
sempurna sehinggalah Tubba' Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan
meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah
satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani
manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru
bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada
masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika
membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Amat
Mengetahui.
Seruan Untuk Menunaikan Haji
Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai membina Kaabah, Allah s.w.t memerintahkannya
supaya menyeru umat manusia untuk mengerjakan Haji, sebagaimana firmanAllah
s.w.t: "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya
mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki dan dengan
menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan dan
ceruk rantau yang jauh."
Nabi Ibrahim al-Khalil berkata: "Wahai Tuhan! Apakah yang akan menyampaikan
suaraku?" Lalu Allah Yang Maha Agung menjawab: "Serulah, Aku yang akan
menyampaikannya." Lalu Nabi Ibrahim a.s menaiki bukit Abu Qubis, lantas
memasukkan jari ke dalam kedua belah telinganya sambil menghadap ke arah timur
dan barat sambil menyeru: "Wahai sekalian manusia! Diwajibkan ke atas kamu untuk
menunaikan ibadat Haji di Baitul Atiq, oleh itu sahutlah seruan Tuhan kamu Yang
Maha Agung". Seruan tersebut telah didengari oleh setiap orang yang berada di
dalam salbi kaum lelaki dan setiap yang berada di dalam rahim-rahim perempuan.
Seruan tersebut juga telah disahut oleh setiap orang yang berada dalam
pengetahuan Allah s.w.t bahawa dia akan menunaikan ibadat Haji, sehinggalah ke
hari Kiamat. Mereka semua berkata: Yang bermaksud: "Telah aku penuhi
seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu."
Ibadat Haji Nabi Ibrahim a.s
Setelah Nabi Ibrahim a.s selesai menyeru orang ramai, Jibril a.s telah mengiringi
beliau lalu menunjukkan kepadanya bukit Safa dan Marwah. Jibril a.s juga membawa
beliau ke sempadan Tanah Haram, lalu mengarahkannya supaya mendirikan batu di
sempadan tersebut, Nabi Ibrahim a.s terus melakukan arahan tersebut.
Beliau merupakan orang pertama yang mendirikan sempadan Tanah Haram dengan
ditunjukkan oleh Jibril a.s. Pada hari yang ke 7 Zulhijah Nabi Ibrahim a.s telah
berkhutbah sambil berdiri ketika tergelincir matahari manakala Nabi Ismail duduk
mendengarnya. Pada keesokan harinya, kedua-duanya keluar secara berjalan kaki
sambil bertalbiah dan berpakaian ihram. Masing-masing membawa bekalan makanan
dan bertongkat, oleh itu hari tersebut dinamakan hari Tarwiah. Apabila kedua-duanya
tiba di Mina, mereka berdua mendirikan sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak
dan Subuh. Kedua-duanya berhenti rehat di bahagian sebelah kanan dan tinggal di situ
sehingga keluar matahari di atas bukit Thabir. Selepas itu Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail a.s bertolak secara berjalan kaki sehinggalah tiba di Arafah, ketika itu Jibril a.s
ada bersama mereka. Jibril a.s menunjukkan kepada mereka bukit-bukit di sepanjang
perjalanan sehinggalah mereka berhenti rehat di Namirah. Di situ, Jibril menunjukkan
bukit Arafah kepada Nabi Ibrahim a.s tetapi ketika itu Nabi Ibrahim a.s telahpun
mengetahuinya, lalu berkatta: Yang bermaksud: "Aku telah mengetahuinya, oleh itu
tempat tersebut dinamakan Arafah."
Apabila matahari tergelincir, Jibril a.s mengiringi mereka berdua meneruskan
perjalanan sehingga sampai di tempat terdapat masjid pada hari ini. Di situ Nabi
Ibrahim a.s berdiri menyampaikan beberapa kalimah, manakala Nabi Ismail a.s duduk
untuk mendengarnya, kemudian mereka menunaikan sembahyang Zuhur dan Asar
secara jamak. Selepas itu Jibril a.s mengangkat mereka berdua ke tempat yang tinggi,
lalu mereka berdiri dan berdoa sehinggalah matahari terbenam dan cahayanya hilang.
Kemudian mereka berdua bertolak dari Arafah dan apabila tiba di Jam'in, mereka
berhenti untuk menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak di situ iaitu di tempat
orang ramai menunaikan sembahyang pada hari ini. Mereka bermalam di sana
sehingga terbit fajar, mereka berdua menunggu sehingga keluar cahaya sebelum terbit
matahari lalu meneruskan perjalanan. Apabila tiba di Muhassir, kedua-duanya
berjalan dengan cepat sehinggalah berjaya melintasi kawasan tersebut, lalu kembali
berjalan sebagaimana sebelumnya. Apabila tiba di kawasan Jamrah, mereka berdua
melontar Jamratul Aqabah sebanyak tujuh lontaran dengan batu yang dibawa dari
Jam'in. Mereka keluar dari Mina pada waktu pagi ke kawasan sebelah kanan
kemudian menyembelih korban di tempat penyembelihan dan bercukur. Setelah itu
mereka melontar Jamrah pada hari-hari Mina sehinggalah apabila matahari telah
meninggi, mereka berulang-alik secara berjalan kaki. Mereka keluar pada hari Sadr
(selesai dari mengerjakan ibadat Haji) lalu menunaikan sembahyang Zuhur di Abtah.
Jibril a.s telah menunjukkan cara setiap amalan yang telah dilakukan ini.
Kisah Tentera Bergajah
Abrahah telah membina sebuah gereja di San'a (yang dinamakan al-Qalis) dimana
pada masa tersebut tidak terdapat gereja seumpamanya. Abrahah telah menulis surat
kepada raja Najasyi yang berbunyi: "Sesungguhnya aku telah membina untuk kamu
sebuah gereja yang tidak pernah dibina seumpamanya kepada mana-mana raja
sebelum kamu. Aku tidak akan tenang sehinggalah orang-orang Arab datang
mengerjakan Haji di sini."
Apabila orang-orang Arab memperkatakan tentang surat Abrahah kepada raja Najasyi,
perkara ini menimbulkan kemarahan seorang lelaki dari Kinanah lalu pergi ke al-Qalis
dan membuang najis di dalamnya secara sembunyi, kemudian kembali kepada kaum
keluarganya. Perkara itu telah disampaikan kepada Abrahah dan telah menimbulkan
kemarahannya lalu bersumpah untuk menghancurkan Kaabah. Beliau memerintahkan
tentera Habsyah untuk bersiap sedia dan setelah bersedia, Abrahah serta tenteranya
terus keluar dengan membawa gajah. Apabila orang-orang Arab mengetahui hasrat
Abrahah untuh menghancurkan Kaabah, mereka merasa gerun dan takut. Abrahah
mengutus seorang lelaki Habsyah yang bernama Al-Aswad bin Mafsud bersama
tentera berkudanya sehingga sampai di Mekah, lalu meminta tebusan daripada kaum
Quraisy dan yang lainnya, di antaranya dua ratus ekor unta kepunyaan Abdul Muttalib
bin Hasyim (ketua kaum Quraisy pada masa tersebut). Kaum Quraisy, kaum Kinanah,
kaum Huzail dan kaum yang tinggal berhampiran dengan Tanah Haram telah berazam
untuk memeranginya tetapi setelah menyedari mereka tidak mempunyai kekuatan,
mereka membiarkan perkara tersebut begitu saja.
Abrahah juga telah mengutus Hannatah Al-Himyari ke Mekah sambil berpesan
kepadanya: "Tanyalah ketua atau pembesar negeri ini, kemudian katakan kepadanya,
raja telah berpesan kepadaku bahawa, aku datang bukan untuk memerangi kamu tetapi
untuk menghancurkan Kaabah ini, sekiranya mereka tidak menghalangi kami, maka
aku tidak akan memerangi kamu, sekiranya dia tidak mahu memerangi aku, bawalah
dia kepadaku."
Apabila Hannatah memasuki Mekah, beliau bertanyakan tentang ketua atau pembesar
negeri tersebut. Dia telah diberitahu bahawa ketua negeri tersebut ialah Abdul
Muttalib bin Hasyim, dia terus menemuinya dan memberitahu apa yang diperintahkan
oleh Abrahah. Abdul Muttalib berkata kepadanya: "Demi Allah! Sesungguhnya kami
tidak mahu memeranginya, kami tidak mampu untuk melawannya. Ini adalah
Baitullah al-Haram dan Baitu Ibrahim Al-Khalil a.s (atau sebagaimana yang
diriwayatkan). Sekiranya Dia menghalangnya maka ini adalah
rumahNya sekiranya Dia (Allah s.w.t.) membiarkannya, Demi Allah, kami tidak
berkuasa mempertahankannya."
Lalu Hannatah berkata kepadanya: "Marilah bersama aku untuk mengadap Abrahah,
kerana beliau telah memerintahkan aku untuk membawa kamu kepadanya." Hannatah
berangkat bersama Abdul Muttalib dan pengikutnya, apabila sampai di kawasan yang
bernama al-Askar, beliau bertanya tentang Zu Nafar iaitu sahabatnya. Apabila masuk
menemuinya di dalam penjara, Hannatah bertanya: "Wahai Zu Nafar! Apakah kamu
mempunyai suatu perantaraan atau penyelesaian yang dapat menolong kami?" Zu
Nafar menjawab: "Apakah ada perantaraan atau penyelesaian daripada seorang lelaki
tahanan raja yang menunggu hukuman mati samada siang hari atau malam hari seperti
aku ini? Aku tidak mempunyai perantaraan atau penyelesaian untuk menolong apa
yang telah berlaku kepada kamu kecuali sahabatku Anis, seorang pengembala gajah.
Aku akan mengutusinya dengan memberi pesanan tentang diri kamu dan juga
kelebihan yang ada pada kamu. Aku juga akan meminta kepadanya agar meminta
keizinan untuk kamu daripada raja supaya kamu dapat mengadap dan berbicara
dengan raja tentang apa yang berlaku kapada kamu. Dia akan menjadi perantaraan
yang baik dengan raja, sekiranya dia mampu melakukan sedemikian, katakanlah
cukuplah bagiku." Setelah itu Zu Nafar mengutusi Anis dengan katanya: "Abdul
Muttalib adalah ketua kaum Quraisy dan pembesar Mekah, dialah yang memberi
makan kepada orang ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di kawasan
wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Sesungguhnya raja telah
mengambil dua ratus ekor unta miliknya, oleh itu mintalah keizinan dan manfaat
untuknya daripada raja sekadar yang kamu mampu." Anis menjawab: "Aku akan
melakukannya."
Lalu Anis menyampaikan perkara tersebut kepada Abrahah dengan berkata: "Wahai
raja! Ini adalah ketua kaum Quraisy berada di hadapan kamu, dia datang untuk
meminta izin kepada kamu, dia juga merupakan pembesar negeri Mekah yang sentiasa
memberi makan kepada orang ramai pada semua peringkat sama ada yang tinggal di
kawasan wadi atau kawasan perkampungan badwi di bukit-bukit. Aku meminta izin
daripada kamu agar dia dapat memberitahu kamu apa yang dihajatinya."
Lalu Abrahah mengizinkannya Abdul Muttalib adalah seorang yang tampan, perkasa
dan cantik rupa parasnya. Apabila Abrahah melihatnya dia meraikan dan
memuliakannya lalu meminta supaya Abdul Muttalib duduk bersamanya tetapi kaum
Habsyah yang berada bersama dengannya tidak suka melihat Abdul Muttalib dijemput
oleh raja untuk duduk bersama di atas singgahsana kerajaannya, lalu Abrahah turun
dari singgahsananya dan menjemput Abdul Muttalib duduk bersama di sampingnya.
kemudian Abrahah berkata kepada penterjemahnya: Katakanlah kepadanya: Apa yang
kamu hajati? Lalu penterjemahnya menyampaikan apa yang diperkatakan oleh
Abrahah.
Abdul Muttalib berkata: "Hajatku ialah supaya raja dapat memulangkan kembali dua
ratus ekor unta yang dirampas daripadaku." Apabila perkara tersebut disampaikan
kepada Abrahah, dia berkata kepada penterjemahnya: "Katakan kepadanya, aku
merasa amat kagum ketika pertama kali melihat kamu tetapi ia hilang lenyap setelah
kamu bercakap kepadaku. Apakah kamu hanya berbicara tentang dua ratus ekor unta
yang aku rampas daripada kamu, sedangkan kamu meninggalkan Kaabah yang
menjadi pegangan agama kamu dan bapa-bapa kamu. Aku datang untuk
menghancurkannya tetapi kamu tidak pula bercakap denganku tentangnya?"
Lalu Abdul Muttalib menjawab: "Aku adalah tuan unta tersebut, manakala Kaabah
tersebut ada tuan yang akan melindunginya." Abrahah berkata: "Tidak ada siapa yang
dapat menghalang aku untuk menghancurkannya." Abdul Muttalib berkata
kepadanya: "Biarlah kamu dengan keadaan kamu." Unta-unta tersebut dipulangkan
kembali kepada Abdul Muttalib. Setelah itu Abdul Muttalib pulang kepada kaum
Quraisy lalu menceritakan kisah pertemuannya dengan Abrahah dan memerintahkan
mereka agar keluar dari Mekah dan berlindung di atas bukit. kemudian Abdul
Muttalib mengunci pintu Kaabah dan beberapa orang lagi dari kaum Quraisy bersama
dengan Abdul Muttalib berdoa kepada Allah s.w.t. semoga mengalahkan Abrahah
dan tenteranya.
Apabila menjelang pagi, Abrahah mula bersedia dengan gajah dan tenteranya untuk
memasuki Mekah dimana gajahnya bernama Mahmud. Setelah mereka mengarahkan
gajah menuju ke Mekah, mereka telah bertemu dengan Nufail bin Habib. Beliau
berdiri di sebelah gajah tersebut kemudian memegang telinganya lalu berkata:
"Duduklah Mahmud dan kembalilah semula ke tempat kamu datang, sesungguhnya
kamu berada di negeri yang diharamkan oleh Allah s.w.t.."
Kemudian beliau melepaskan telinga gajah tersebut, lalu gajah tersebut terus duduk.
Mereka memukul gajah tersebut supaya bangun tetapi ia enggan berbuat demikian.
Kemudian mereka mengarahkan gajah tersebut kembali ke Yaman, lalu ia terus
bangun dan berjalan ke arah tersebut. Setelah itu mereka mengarahkannya ke Syam,
gajah tersebut juga berjalan sebagaimana diarahkan. Mereka mengarahkan pula
menuju ke arah Masyrik (timur), lalu gajah tersebut berjalan sebagaimana diarahkan.
Setelah itu mereka mengarahkan semula menuju ke arah Mekah tetapi gajah tersebut
terus duduk.
Lalu Allah s.w.t. mengutuskan kepada mereka sekumpulan burung seumpama burung
layang-layang dimana setiap seekor membawa tiga biji batu, sebiji di paruh dan dua
biji lagi di kakinya. Batu tersebut seperti kacang kuda dan kacang dal, sesiapa sahaja
yang terkena akan hancur dan binasa. Tidak semua yang binasa di tempat tersebut,
mereka telah keluar dari kawasan tersebut tetapi rebah bergelimpangan di setiap jalan
lalu mati dalam keadaan yang penuh dahsyat. Abrahah terkena lontaran batu tersebut
di badannya, mereka membawanya dalam keadaan jari-jarinya terputus tetapi apabila
tiba di San'a, Abrahah meninggal dunia di sana.
PermulaanWahyu
Saidatina Aisyah r.a berkata: "Wahyu Pertama yang diturunkan kepada Rasulullah
s.a.w bermula dengan mimpi yang baik di dalam tidurnya, Baginda s.a.w.melihat
(sesuatu) di dalam mimpinya seperti cahaya fajar sebelum terbit matahari dan setelah
itu Baginda s.a.w.. suka mengasingkan diri. Baginda s.a.w.mengasingkan diri dan
beribadat di Gua Hira' selama beberapa malam sebelum pulang kepada keluarganya
untuk mengambil bekalan. Apabila bekalan habis,Baginda s.a.w. pulang menemui
Khadijah untuk mengambilnya lagi, sehinggalah malaikat datang ketika Baginda
s.a.w. berada di Gua Hira' tersebut lalu berkata: "Bacalah". Baginda s.a.w. menjawab:
"Aku tidak tahu membaca?" Kata Baginda s.a.w. lagi: "Malaikat memelukku
sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku lalu berkata:
"Bacalah." Aku menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Malaikat memelukku buat
kali yang kedua sehingga aku terasa susah untuk bernafas, kemudian melepaskan aku
lalu berkata: "Bacalah." Aku menjawab: "Aku tidak tahu membaca?" Dia memelukku
buat kali yang ketiga kemudian melepaskanku lalu berkata:
Yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku,
bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pen
dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya).
Rasulullah s.a.w pulang dengan hati yang gementar, lalu terus masuk menemui
Khadijah binti Khuwailid (isteri Baginda s.a.w) dengan berkata: "Selimutkan aku,
selimutkan aku." Khadijah terus menyelimutinya sehingga hilang perasaan
gementar. Baginda s.a.w. menceritakan kepada Khadijah peristiwa yang berlaku
dengan katanya: "Sesungguhnya aku merasa takut terhadap apa yang menimpa
diriku." Khadijah berkata: "Tidak sama sekali. Demi Allah! Sesungguhnya Allah
s.w.t. tidak akan menyusahkanmu selama-lamanya, kerana kamu telah
menghubungkan silaturahim, menolong orang ramai, memberi belanja kepada orang
yang harta, memuliakan tetamu dan menyebelahi orang yang benar." Setelah itu
Khadijah membawa Rasulullah s.a.w menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin
Abdul Uzza, sepupu Khadijah yang beragama Nasrani pada masa jahiliah. Beliau
menulis kitab ke dalam bahasa Ibrani dan telah menterjemahkan kitab Injil ke dalam
bahasa Ibrani. Beliau seorang yang telah tua lagi buta. Khadijah berkata kepadanya:
"Wahai sepupuku! Dengarlah apa yang akan diperkatakan oleh anak saudara kamu ini
(Rasulullah s.a.w). Lalu Waraqah berkata kepada Baginda s.a.w.: "Wahai anak
saudaraku! Apakah yang telah kamu lihat." Rasulullah s.a.w menceritakan peristiwa
yang telah berlaku ke atas diri Baginda s.a.w.. Waraqah berkata kepada Baginda
s.a.w.: "Itulah Malaikat yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa,
mudah-mudahan aku masih hidup ketika kamu berada dalam keadaan sedih kerana
dihalau oleh kaum kamu" Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: "Apakah mereka
akan menghalau aku?" Beliau menjawab: "Ya. Setiap lelaki yang didatangkannya
(Wahyu) akan dimusuhi, sekiranya aku mampu untuk menolong kamu pada hari itu
nescaya aku akan menolong kamu secara bersungguh-sungguh." Tetapi Waraqah bin
Naufal tidak sempat bersama kerana beliau meninggal dunia ketika Wahyu
diberhentikan buat sementara waktu.
Sejarah Pembinaan
Pembinaan Telaga Zamzam:
Orang pertama menggunakan kain yang
mempunyai lebihan labuh di belakang dari
kalangan wanita ialah ibu Nabi Ismail a.s yang
digunakan untuk menyembunyikan kesan
kakinya daripada Siti Sarah. Nabi Ibrahim a.s
membawa ibu Nabi Ismail (Siti Hajar) serta
anaknya Nabi Ismail a.s yang masih lagi
menyusu dan kemudian meninggalkannya
berhampiran Kaabah di sebatang pokok yang besar di atas Zamzam. Ketika itu Kota
Mekah masih belum berpenghuni serta tidak mempunyai air. Nabi Ibrahim a.s
meninggalkan mereka berdua di sana. Diletakkan di sisi mereka berdua sebungkus
buah tamar dan sebekas air. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertolak pulang, lalu baginda
diikuti oleh ibu Nabi Ismail a.s lalu bertanya: "Wahai Ibrahim! Ke manakah kamu
hendak pergi dan meninggalkan kami di lembah yang tidak mempunyai seorang
manusia dan apa-apa pun ini?" Siti Hajar bertanya mengenai perkara itu berkali-kali,
tetapi baginda tidak menghiraukannya. Siti Hajar bertanya lagi: "Adakah Allah
s.w.t. memerintah kamu berbuat begini?" Baginda menjawab: "Memang benar."
Isterinya berkata: "Kalau begitu tiada halangan bagi kami." Kemudian ibu Nabi Ismail
kembali semula ke tempatnya, lalu Nabi Ibrahim a.s bertolak pergi sehingga baginda
tidak kelihatan lagi. Setelah itu Nabi Ibrahim a.s menghadapkan mukanya ke arah
kiblat (Kaabah sekarang ini) kemudian terus mengangkat tangan sambil berdoa:
Yang bermaksud: (Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak
ditumbuhi tanaman, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai
Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang
(dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian
daripada manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke
situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan
hasil tanaman, semoga mereka bersyukur).
Sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s, ibu Nabi Ismail a.s menyusukan anaknya dan
memberi minum air yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di dalam bekas. Apabila
air di dalam bekas itu habis, anaknya terus kehausan. Oleh kerana tidak sanggup
melihat keadaan anaknya yang kehausan, Siti Hajar terus menuju ke bukit Safa yang
paling hampir dengan tempat beliau duduki. Beliau berdiri di atas bukit itu dan
berpaling ke lembah untuk melihat kalau-kalau ada seseorang. Siti Hajar tidak melihat
walau seseorang pun ada di sana, lalu beliau turun semula dari bukit Safa sehingga
menghampiri perlembahan tersebut. Kemudian beliau menuju ke bukit Marwah dan
berdiri di atasnya untuk melihat kalau-kalau ada seseorang di sana. Tetapi beliau tidak
juga mendapatinya. Beliau melakukan keadaan sedemikian sebanyak tujuh kali.
Ketika berada di atas bukit Marwah, Siti Hajar telah mendengar suatu suara
membisikkan kepadanya: "Diamlah." Siti Hajar cuba memerhatikan suara tersebut.
Suara itu masih tetap kedengaran, lalu suara tersebut berkata: "Sesungguhnya aku
telah mendengar bahawa di sisimu ada pertolongan." Tiba-tiba dia mendapati malaikat
menunjukkan tempat Zamzam, lalu beliau terus menggalinya dengan tumit, ada yang
mengatakan beliau menggali dengan menggunakan kedua tangannya sehingga keluar
air. Kemudian beliau membatasinya dan beliau berkata dengan tangannya begini
untuk memenuhkan bekasnya dengan air tersebut, setelah bekasnya dipenuhi dengan
air beliau terus berlalu untuk meminum dan menyusu anaknya, lalu malaikat berkata
kepadanya: "Janganlah kamu takut kepada kesusahan, sesungguhnya di sana akan
dibina sebuah rumah Allah s.w.t. (Baitullah) yang akan dibina oleh kanak-kanak ini
dan ayahnya, sesungguhnyaAllah s.w.t. tidak akan menyusahkan keluarganya."
Setelah itu beliau bertemu dengan satu rombongan dari Jurhum lalu mereka turun dan
menuju ke kawasan yang paling rendah di Mekah, mereka melihat burung-burung
berterbangan dan berkata, sesungguhnya burung-burung ini berterbangan mengelilingi
air, kami percaya bahawa di lembah (wadi) ini terdapat air, mereka mengutus seorang
atau dua orang untuk melihatnya dan utusan tersebut mendapati di sana terdapat air
lalu kembali dan memberitahu kepada rombongan mereka. Lalu mereka meminta
kebenaran dari ibu Ismail untuk pergi mendapatkan air tersebut, ibu Nabi Ismail
membenarkannya dengan berkata: "Ya, tetapi jangan kamu jadikan air itu sebagai hak
kamu." Mereka menjawab: "Ya."
Menggali Semula Zamzam:
Ketika Abdul Mutalib sedang tidur di Hijir, datang seseorang di dalam mimpinya dan
berkata kepadanya: "Galilah "Barrah"" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau
menjawab: "Apakah Barrah?" Sehingga keesokan harinya pula, beliau tidur di tempat
yang sama. Lalu datang lagi seseorang di dalam mimpinya dan berkata kepadanya:
"Galilah "Madnunah" (iaitu nama telaga Zamzam). Beliau menjawab: "Apakah
Madhnunah?" Kemudian beliau pun beredar dari situ sehinggalah keesokan harinya,
beliau kembali tidur di tempat yang sama. Lalu datang lagi seseorang di dalam
mimpinya dan berkata kepadanya: "Galilah "Tayyibah" (iaitu nama telaga Zamzam).
Beliau menjawab: "Apakah Tayyibah?" Pada hari yang keempat, beliau bermimpi lagi
dan telah dikatakan kepada beliau: "Galilah Zamzam." Beliau menjawab: "Apakah
Zamzam?" Beliau berkata: "Janganlah kamu menimba air itu dan membatasnya."
Kemudian beliau ditunjukkan tempatnya. Setelah itu baginda menggalinya
sebagaimana yang telah ditunjukkan kepadanya. Orang-orang Quraisy bertanya
kepada beliau: "Apakah ini semua wahai Abdul Mutalib?" Beliau menjawab: "Aku
diperintahkan supaya menggali telaga Zamzam." Ketika dijumpai Zamzam dan
melihat patung kijang. Orang-orang Quraisy terus mempercayainya. Abdul Mutalib
terus menggalinya. Beliau menemui dua ekor patung kijang yang diperbuat dari emas.
Kedua-duanya adalah patung kijang yang di tanam oleh Bani Jurhum ketika mereka
keluar dari Mekah. Tempat tersebut merupakan telaga Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim
a.s. Setelah Abdul Mutalib menggali telaga Zamzam dan setelah Allah
s.w.t. tunjukkan tempat serta memilih beliau untuk menggali Zamzam, Allah
s.w.t telah menambahkan kemuliaan beliau dengan sebab Zamzam tersebut dan
kaumnya juga dapat menikmatinya.
Binaan Nabi Ibrahim:
Binaan Nabi Ibrahim a.s merupakan satusatunya
binaan yang disebut di dalam al-Quran
Meninggikan Asas (Tapak):
1. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke
Mekah untuk menunaikan perintah Allah
s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah).
Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah s.w.t telah
memerintahkan aku dengan satu perkara, lalu Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang
telah diperintahkan Allah s.w.t kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah
kamu akan menolongku?" Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu." Lalu
beliau berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya membina
sebuah rumah (Kaabah) di sana." sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang
lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah
di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu
manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi
Ismail a.s membawakan hajar ini dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s.
Beliau berdiri di atas hajar tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi
Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana
firman Allah s.w.t:
Yang bermaksud: (Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami)
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri)
kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri)
kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan
terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha
Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari
kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat
(firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat
kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa mereka) dari (syirik dan maksiat).
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana).
Sehinggalah Allah s.w.t menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut
kepada mereka berdua.
2. Tidak terdapat riwayat sahih yang menyatakan Baitullah telahpun dibina sebelum
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s. Sesiapa yang berpegang kepada firman Allah s.w.t : Yang
bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim
tempat Baitullah (untuk membinanya),
ataupun Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim
bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah)
itu,
Maksud yang dikehendaki pada ayat-ayat tersebut ialah tempat pembinaan Kaabah
tersebut telahpun tetap dalam pengetahuan Allah s.w.t semenjak menciptakan langit
dan bumi. Ini menunjukkan tempat pembinaan Kaabah itu telahpun dimaklumi,
manakala pembinaan Baitullah pula telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim Al-Khalil dan
anaknya Nabi Ismail a.s. Khabar-khabar yang menyatakan Baitullah telah dibina
sebelum Nabi Ibrahim a.s adalah diriwayatkan daripada Bani Israel, kita tidak boleh
membenarkannya dan mendustakannya, hanya Allah s.w.t sahaja Yang Maha
Mengetahui.
3. Ketika Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah tersebut beliau menjadikan:
* Tingginya sembilan hasta.
* Panjang di paras bumi dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
* Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru
sebelah barat 22 hasta.
* Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah
Yaman 31 hasta.
* Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad
20 hasta.
Beliau membina pintu rapat ke bumi, tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara
sempurna sehinggalah Tubba' Al-Himyari telah membina sebuah pintu dan
meninggikannya. Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah
binaan yang sempurna, mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala
bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam
bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini.
Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut
ialah 100 tahun, hanya Allah s.w.t sahaja Yang Amat Mengetahui.
Binaan Malaikat:
Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku ingin
menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
Malaikat bertanya: (Wahai Tuhan kami,) Adakah Engkau ingin menjadikan khalifah
selain daripada kami yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, dengki
mendengki dan benci membenci? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu. Mentaati Engkau dan tidak memaksiati Engkau.
Allah s.w.t berfirman: Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang
kamu tidak mengetahuinya.
Malaikat menyangka Tuhan mereka menolak pertanyaan tersebut.
Sesungguhnya Allah s.w.t membenci mereka disebabkan kata-kata mereka. Mereka
berlindung di bawah Arasy dengan mengangkat kepala dan mengisyaratkan dengan
jari memohon sesuatu serta menangis kerana takutkan kebencianNya.
Mereka Tawaf mengelilingi Arasy sangat lama. Allah s.w.t memandang mereka
kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah s.w.t membina sebuah rumah di
bawah Arasy yang diberi nama Baitulma'mur. Allah s.w.t memerintahkan para
Malaikat supaya tawaf di Baitulma'mur dan tinggalkan Arasy. Para Malaikat telah
melakukan tawaf di Baitulma'mur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan
malam seramai tujuh puluh ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selamalama.
Kemudian Allah s.w.t mengutuskan para Malaikat turun ke bumi dan
berfirman kepada mereka: "Binalah sebuah rumah untukKu di bumi
sepertinya." Allah s.w.t memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf
mengelilingi Baitullah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi
Baitulma'mur.
Binaan Nabi Adam a.s:
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah s.w.t telah mengutuskan
Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada keduanya: "Binalah
untukKu sebuah rumah." Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu
Nabi Adam a.s menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air
menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan
kata-kata: "Cukuplah wahai Adam!" Setelah selesai membinanya, Allah
s.w.t mewahyukan kepada beliau supaya tawaf mengelilinginya dan dikatakan
kepada beliau: "Engkau adalah manusia pertama." Inilah rumah pertama yang dibina
sehinggalah setelah beberapa kurun, Nabi Ibrahim a.s telah meninggikan tapak
Kaabah tersebut. Orang pertama yang mengasaskan Kaabah kemudian menunaikan
sembahyang serta tawaf mengelilinginya ialah Nabi Adam a.s.
Binaan Syith:
Setelah Nabi Adam a.s wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan
menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah
Syith a.s. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga
dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh a.s.
Kawasan tersebut ditenggelami air dan tidak dapat dikesani. Mengikut sesetengah
israiliat (tokok tambah) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Wahab bin Munabbih
bahawa Nabi Adam a.s telah membina khemah pada Kaabah. Apabila beliau wafat,
khemah tersebut telah diangkat oleh Allah s.w.t. Anak-anaknyalah yang membuat
pembinaan pertama terhadap Kaabah.
* Ketiga-tiga pendapat yang lepas iaitu binaan para Malaikat, binaan Nabi Adam a.s
atau binaan Syith a.s tidak mempunyai dalil yang jelas. Kami dapati ketiga-tiga
pendapat tersebut terbukti kedhaifannya. Para ulama telah bersepakat bahawa orang
pertama yang membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim a.s.
Binaan Al-Umaliqah:
Kaabah telah runtuh setelah beberapa tahun
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s membinanya,
lalu ia dibina semula oleh Kabilah Al-
Umaliqah.
* Tidak terdapat huraian secara terperinci
dalam kebanyakan sumber-sumber rujukan
tentang pembinaan ini.
Binaan Jurhum:
Setelah beberapa tahun selepas Al-Umaliqah
siap membinanya, Kaabah telah dilimpahi air
banjir dari sebelah atas Kota Mekah
menyebabkan dindingnya pecah tetapi masih belum runtuh. Jurhum telah
memperbaiki segala kerosakan tersebut dan membina benteng untuk menghalang
banjir daripada memasuki Kaabah. Di dalam riwayat yang lain, Kaabah telah runtuh
akibat banjir tersebut. Jurhum membinanya semula di atas tapak binaan Nabi Ibrahim
a.s serta membina sebuah pintu yang mempunyai dua daun dan satu pengunci.
Binaan Qusai bin Kilab:
Orang pertama yang memperbaharui binaan
Kaabah daripada golongan Quraisy selepas
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s ialah Qusai bin
Kilab. Beliau membina atap dengan
menggunakan kayu Dum dan pelepah tamar.
Al-A'sya membaca syair berikut dengan irama
iaitu salah satu daripada irama syair Arab.
.
Maksudnya: Aku telah memakaikan pakaian pendita Syam kepada Kaabah yang telah
dibina oleh Qusai datuknya dan Ibnu Jurhum.
Binaan Quraisy:
1. Ketika Rasulullah s.a.w telah cukup umur
(baligh), dikatakan juga ketika umur baginda
dua puluh lima tahun, seorang wanita telah
melontar Kaabah. Bunga api yang keluar hasil
dari lontaran tersebut terkena pada kelambu
Kaabah lalu terbakar. Kebakaran tersebut telah
menyebabkan kemusnahan pada Kaabah lalu
orang-orang Quraisy membinanya semula.
Apabila tiba waktu untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula bertengkar dan
berselisih pendapat tentang kabilah manakah patut mengangkatnya. Mereka berkata:
"Kemarilah kamu semua! Kita akan melantik orang yang mula-mula datang kepada
kita melalui pintu Bani Syaibah sebagai hakim." Setelah beberapa ketika menunggu,
ternyata Rasulullah s.a.w adalah orang pertama masuk melalui pintu tersebut lalu
mereka meminta baginda s.a.w. menjadi hakim. Baginda s.a.w. memerintahkan agar
mereka membentangkan sehelai kain lalu baginda s.a.w. sendiri meletakkan
Hajarulaswad tersebut di tengah-tengah bentangan kain serta memerintahkan agar
setiap orang memegang hujung-hujung kain tersebut. Dikatakan juga: "Mereka
mengemukakan ketua kabilah masing-masing agar memegang hujung kain tersebut
lalu mengangkatnya." Kemudian sekali lagi Rasulullah s.a.w mengambil
Hajarulaswad tersebut lalu meletak di tempatnya. Orang Quraisy mendirikan enam
batang tiang di dalam Kaabah.
2. Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah berdasarkan kepada cadangan
Abu Huzaifah bin Al-Mughirah, sebagaimana katanya: "Wahai kaum! Tinggikan
pintu Kaabah agar ia hanya boleh dimasuki dengan menggunakan tangga sahaja.
Kaabah tidak boleh dimasuki melalui tangga tersebut kecuali seseorang yang kamu
benarkan sahaja. Jika seseorang yang kamu benci datang, buanglah tangga tersebut
agar mereka terjatuh. Semoga peristiwa itu menjadi pengajaran kepada sesiapa yang
melihatnya." Berdasarkan kepada cadangan inilah orang-orang Quraisy terus
melakukannya. Mereka juga menambahkan ketinggian Kaabah dari sembilan hasta
kepada lapan belas hasta. Mereka memendekkannya sebanyak enam hasta di arah
utara dari tapak asas binaan Nabi Ibrahim a.s kerana pembiayaan yang halal yang
mereka miliki tidak mencukupi untuk mereka menyempurnakannya.
Binaan Abdullah Bin Az-Zubair:
1. Kebakaran Kaabah pada zaman
pemerintahan Yazid bin Muawiyah merupakan
kebakaran yang agak besar pernah berlaku.
Abdullah bin Az-Zubair telah membiarkan
keadaan Kaabah yang terbakar itu sehingga tiba
musim Haji dimana ramai yang berkunjung
untuk mengerjakan Haji. Apabila mereka
semakin ramai, beliau berkata: "Wahai umat
Islam! Tunjukkanlah kepadaku cara memperbaiki Kaabah, sama ada meruntuh,
membinanya semula ataupun memperbaiki kerosakannya sahaja." Ibnu Abbas
berkata: "Pada pendapatku kamu perbaiki kerosakannya sahaja. Biarkan binaan asal
Baitullah dan batu-batu binaan asalnya kerana di situlah orang ramai memeluk Islam
serta Rasulullah s.a.w diutuskan." Ibnu Az-Zubair berkata: "Sekiranya rumah salah
seorang di antara kamu terbakar, tentu dia tidak redha sebelum memperbaharuinya.
Bagaimana pula dengan rumah Tuhan kamu? Sesungguhnya aku akan memohon
kebaikan (beristikharah) daripada Tuhanku sebanyak tiga kali kemudian barulah
melakukan urusanku."
2. Selepas tiga kali beristikharah, mereka telah sepakat untuk meruntuhkannya. Ketika hendak
memulakannya, orang ramai merasa bimbang kalau-kalau orang pertama yang memulakan
kerja tersebut akan di timpa bala dari langit. Kemudian seorang lelaki naik ke atas bumbung
Kaabah lalu mencampakkan batu-bata runtuhan. Apabila orang ramai melihat lelaki tersebut
tidak di timpa bala, mereka terus ikut melakukannya. Mereka membuang kesemua batu-bata
sehingga menyamai tanah. Ibnu Az-Zubair membina beberapa batang tiang dan membina
dinding di sekeliling tiang tersebut sehingga siap terdiri sebuah binaan. Kemudian mereka
melakukan tawaf mengelilingi binaan Kaabah tersebut. Tiada seorangpun yang ketinggalan
dari melakukannya.
3. Ibnu Az-Zubair berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Saidatina Aisyah r.a
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Seandainya kaummu (orang ramai) telah lama
meninggalkan masa jahiliah (dengan kekufuran) dan seandainya aku mempunyai harta untuk
membiayai penambahan bangunan Baitullah tentu aku akan memasukkan kawasan Hijir
Ismail itu selaras dengan Kaabah sebanyak lima hasta, kemudian aku akan membuat pintu
masuk dan pintu keluar daripadanya." Ibnu Az-Zubair berkata: "Pada hari ini, aku telah
mendapat kos pembinaannya dan tidak perlu bimbang keadaan orang ramai."
4. Setelah Ibnu Az-Zubair meruntuhkan Kaabah dan meratakannya sehingga menyamai bumi,
beliau mencari asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau menemui tapak asas tersebut berada lebih
sedikit daripada enam hasta ke arah Hijir. Batu asas tersebut seolah-olah leher unta iaitu batu
yang berwarna merah yang bertaut antara satu sama lain seperti genggaman jari-jari.
5. Ketika sedang menggali asas binaan Nabi Ibrahim a.s, beliau menemui sebuah kubur lalu
berkata: "Ini adalah kubur ibu Nabi Ismail a.s (Siti Hajar)." Seramai lima puluh orang lelaki
berserta dengan para pembesar mereka menyaksikan peristiwa tersebut.
6. Abdullah bin Muti' Al-Adawi telah memasukkan besi penuas yang berada di tangannya pada
salah satu penjuru Kaabah lalu setiap penjuru Kaabah bergerak sedikit demi sedikit. Tanpa
diduga tepi Kaabah telah runtuh menyebabkan seluruh Kota Mekah bergegar dengan kuat.
Gegaran itu telah menakutkan mereka. Ibnu Az-Zubir berkata: "Saksikanlah!" Kemudian
beliau membina binaan tersebut di atas asas Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga membina dua buah
pintu dari atas tanah, kedua-dua pintu tersebut berhadapan antara satu sama lain.
7. Ibnu Az-Zubair menambah ketinggian Kaabah sembilan hasta, menjadikan ketinggiannya
setinggi dua puluh tujuh hasta.
8. Beliau menjadikan lebar dinding Kaabah dua hasta.
9. Beliau membina tiga batang tiang di dalam Kaabah menggantikan enam batang tiang yang
dibina oleh orang-orang Quraisy.
10. Beliau mengambil batu marmar dari San'aa dan meletakkannya di bahagian atas untuk
menguatkan pancaran cahaya.
11. Beliau membina pintunya yang terdiri dari dua daun pintu manakala panjang keduanya
adalah sebelas hasta.
12. Beliau juga membina tangga kayu untuk naik ke atas Kaabah.
13. Setelah Ibnu Az-Zubair selesai membinanya, beliau menyapu bahagian dalam dan luar
Kaabah dengan wangi-wangian, za'faran dan memasang kelambu.
14. Ibnu Az-Zubair mengeluarkan seratus ekor unta atau lembu lalu tawaf di sekeliling Kaabah
dan melambai di setiap penjurunya.
Binaan Al-Hajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi:
1. Apabila Al-Hajjaj bin Yusuf memasuki Kota
Mekah selepas pembunuhan Abdullah bin AzZubair,
beliau terus menulis surat kepada Abdul Malik bin Marwan menyatakan setiap
perkara yang telah Ibnu Az-Zubair lakukan. Abdul Malik bin Marwan menjawab surat
tersebut dengan katanya: "Runtuhkanlah apa yang telah ditambah pada Hijir dan
kembalikan ke asalnya serta tutuplah pintu yang dibuka di sebelah barat, kemudian
biarkan bahagian-bahagian yang lain begitu sahaja."
2. Al-Hajjaj telah merobohkan dinding di Hijir dan membina kembali di tempat
asalnya yang pertama kemudian memasukkan ruang ini ke dalam Hijir.
3. Membuang tangga kayu yang diletakkan oleh Ibnu Az-Zubair di dalam Kaabah.
4. Mengurangkan ketinggian pintu Kaabah sebanyak lima hasta.
5. Menutup pintu Kaabah di sebelah barat dan mengekalkan pintu yang lama pada
kedudukan asalnya.
Binaan Sultan Murad Khan:
1. Kota Mekah telah dilanda hujan lebat
bermula pada hari Rabu 19 Syaaban tahun 1039
H yang mengakibatkan banjir besar mengalir
masuk ke dalam Masjidil Haram serta
memenuhi hampir keseluruhan kawasannya.
Pada hari Khamis, dinding di sebelah Syam dan
sebahagian dinding-dinding di sebelah timur
dan barat telah runtuh. Hujan yang masih lagi
berterusan sangat membimbangkan orang ramai.
2. Orang-orang Islam diperintahkan bersiap-sedia untuk membina Kaabah
sebagaimana keadaan sebelumnya. Kerja-kerja pembinaan Kaabah diteruskan atas
perintah Sultan Murad Khan. Dengan limpahan kurnia Allah s.w.t, kerja-kerja
tersebut siap pada 2 Zulhijah, tahun 1040 Hijrah. Pembinaan tersebut memakan masa
enam bulan setengah.
3. Inilah binaan Kaabah yang terakhir dan masih kekal hingga ke hari ini. Projekprojek
pembesaran terus dijalankan pada masa pemerintahan Kerajaan Arab Saudi
seperti yang kita akan dapat lihat dalam tajuk peluasan al-Haram.
Peluasan Hajarulaswad
1. Orang pertama yang meletakkan kedudukan
Hajarulaswad di tempatnya ialah Nabi Ibrahim
a.s. Ia merupakan salah satu daripada permata
delima dari Syurga.
2. Apabila Bani Bakar bin Abdu Manat bin
Kinanah dan Ghaisyan bin Khuza'ah yang
mana kedua-duanya dari Bani Jurhum keluar
dari Mekah, Amru bin Al-Haris bin Madad Al-Jurhumi mengeluarkan dua ekor
patung kijang yang diperbuat daripada emas dan juga Hajarulaswad lalu
menimbusnya di telaga Zamzam. Selepas itu beliau dan sebahagian dari golongan
Jurhum yang bersamanya pergi ke Yaman.
3. Penimbusan Hajarulaswad di telaga Zamzam berlaku tidak begitu lama. Seorang
wanita dari Bani Khuza'ah telah menunjukkan tempat Hajarulaswad ditimbus kerana
beliau melihat Bani Jurhum menimbusnya. Mereka telah mengembalikan
Hajarulaswad ke tempatnya. Peristiwa itu berlaku sebelum Qusai bin Kilab
mendirikan Kaabah.
4. Setelah orang-orang Qaramitah berjaya menguasai Mekah (di bawah pimpinan
Abu Tahir Al-Qarmuti), mereka telah membunuh seramai 1,700 jiwa manusia di
Masjidil Haram. Mereka di bunuh ketika bergantungan di Kaabah untuk menghalang
orang-orang Qaramitah dari mengambil Hajarulaswad. Mayat mereka dicampakkan
ke dalam telaga Zamzam sehingga penuh. Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya
dipenuhi dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Orang-orang Qaramitah
merampas harta benda orang ramai, hiasan-hiasan Kaabah, mencabut kelambu
Kaabah dan membahagikannya di kalangan mereka. Mereka juga memusnahkan
rumah-rumah di sekitar Mekah, mencabut pintu Kaabah dan saluran hujan yang
diperbuat dari emas. Abu Tahir Al-Qarmuti telah memerintahkan Jaafar bin Ilaj
mencabut Hajarulaswad. Hajarulaswad dicabut dari tempatnya pada 7 Zulhijah, tahun
317 selepas berlaku perbuatan dosa-dosa besar yang amat dikeji iaitu membunuh
orang-orang yang sedang tawaf, beriktikaf dan yang mendirikan sembahyang. Setelah
itu mereka membawa Hajarulaswad ke Hajar (Negeri mereka) dan tempatnya di
Kaabah hanya tinggal kosong. Orang ramai masih meletakkan tangan mereka di
tempat tersebut untuk mendapatkan keberkatan sehinggalah ia dikembalikan ke
tempat asalnya pada hari selasa iaitu Hari Raya Korban, tahun 339. Dengan
pengembalian tersebut, bermakna Hajarul Aswad hilang dari mereka lebih kurang dua
puluh dua tahun. Orang yang mengembalikannya ialah Sinbar bin Hasan Al-Qarmuti.
5. Pada tahun 363, seorang lelaki dari negeri Rom datang ke Mekah lalu menghina
dan memukul Hajarulaswad dengan sebilah cangkul di bahagian penjuru
(Hajarulaswad) dengan pukulan yang kuat sehingga pecah. Beliau mengangkat
tangannya sekali lagi untuk memukul tetapi telah ditikam oleh seorang lelaki Yaman
dan berjaya mengalahkannya.
6. Pada tahun 413 Kerajaan Fatimiah menghantar sebahagian daripada pengikutnya
dari Mesir yang telah dihasut oleh Hakim Al-Ubaidi. Di antara mereka terdapat
seorang lelaki yang memiliki kulit berwarna merah, berambut perang, mempunyai
badan yang perkasa dan tinggi lampai. Sebelah tangannya memegang sebilah pedang
yang terhunus dan membawa "Dabus" (Sejenis alat seperti besi penuas). Beliau
memukul permukaan Hajarulaswad tiga kali menyebabkan serpihannya berguguran
jatuh. Beliau berkata: "Sampai bilakah Hajarulaswad ini akan disembah. Tiada siapa
dapat menghalang aku dari melakukannya walaupun Muhammad dan Ali. Hari ini aku
ingin meruntuhkan Kaabah." Tetapi sepasukan tentera berkuda telah mengepung
beliau dan berjaya membunuh serta membakar beliau berserta pembantupembantunya.
7. Pada tahun 990 pula, seorang lelaki asing telah datang dengan membawa sebatang
besi lalu memukul Hajarulaswad. Lantas Al-Amir Nasir menetak beliau dengan
sebilah pedang lalu mati.
8. Pada akhir bulan Muharam tahun 1351, seorang lelaki dari negara Afghanistan
datang ke Kaabah lalu mencabut dan mencuri sedikit Hajarul Aswad, secebis kelambu
Kaabah serta seketul perak dari tangga Kaabah. Perbuatan lelaki tersebut diketahui
oleh penjaga-penjaga Kaabah. Mereka berjaya menangkapnya dan kemudian dihukum
gantung sebagai balasan terhadap perbuatannya. Pada 28 Rabiulakhir tahun 1351 Raja
Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Faisal, keluarga As-Saud dari Taif datang ke
Masjidil Haram bertujuan untuk melekatkan kembali serpihan yang dicabut oleh
tentera durjana. Usaha melekatkan serpihan itu dilakukan selepas dijalankan ujikaji
adunan bahan kimia yang dicampur dengan kasturi dan ambar oleh mereka yang
didatangkan khas untuk melekatkan serpihan Hajarulaswad.
Maqam Nabi Ibrahim
1. Ia merupakan batu tempat al-Khalil Nabi
Ibrahim a.s berdiri ketika meninggikan binaan
Kaabah dari kedudukannya. Batu ini diletakkan
oleh Nabi Ismail a.s untuk meninggikan beliau.
2. Sebagaimana yang kita maklumi, ketinggian
Kaabah hanya mencapai sembilan hasta sahaja
ketika al-Khalil Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Kemudian orang-orang Quraisy menambah ketinggian Kaabah sehingga menjadi 18
hasta ketika mereka membinanya. Kemudian Abdullah bin Az-Zubair pula menambah
ketinggiannya sehingga 27 hasta dan kekal dengan ketinggian tersebut.
3. Batu tersebut kekal berdekatan dinding Kaabah semenjak dahulu hinggalah ke
masa pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a di mana selepas itu ia dijauhkan dari
Baitullah agar tidak mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang di sekitar
Maqam dan orang ramai yang mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.
4. Kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu tersebut masih lagi kekal dan
berterusan. Abu Talib telah berkata di dalam qasidahnya yang masyhur iaitu: Yang
bermaksud: Tempat berpijak Nabi Ibrahim a.s menjadi lembut beliau berdiri di atas
kedua kakinya tanpa memakai alas kaki. Iaitu: Sesungguhnya kakinya yang mulia itu
tenggelam pada batu, oleh itu tertinggallah kesan tersebut sekadar tapak kakinya.
Pintu Kaabah
1. Binaan Nabi Ibrahim a.s: Sebuah pintu
dirapatkan pada tanah.
2. Binaan orang-orang Quraisy: Orang-orang
Quraisy meninggikan pintu Kaabah mengikut
pandangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah.
3. Binaan Ibnu Az-Zubair: Pintu dirapatkan
pada tanah kemudian membina sebuah pintu lain di sebelah barat yang berada di
antara penjuru Syam dan penjuru Yaman.
4. Binaan Al-Hajjaj: Pintu ditinggikan kembali sebagaimana yang asal dan menutup
pintu di sebelah barat.
5. Pintu yang ada sekarang: Ia diperbuat dari emas tulin, dibina oleh Jalalah Al-
Malik Khalid bin Abdul Aziz.
Hijir Ismail
1. Semasa Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s
membina Kaabah, ketinggiannya adalah 9 hasta
sahaja iaitu satu pertiga daripada ketinggian
Kaabah pada hari ini. Beliau membina Kaabah tersebut di atas tapaknya. Pada hari ini
tapak tersebut berada enam hasta ke dalam Hijir Nabi Ismail a.s. Mengikut binaan
Nabi Ibrahim a.s, Kaabah berada di kawasan Hijir. Anda boleh membezakan
ketebalan antara Hijir lama dan Hijir yang ada sekarang dengan mudah iaitu
sebahagian besar dinding Hijir yang lurus serta yang menghala ke arah utara Kaabah,
ia merupakan sebahagian dari Kaabah.
2. Semasa orang-orang Quraisy membina Kaabah, mereka memasukkan binaan
dinding Kaabah di sebelah utara ke sebelah selatan sebanyak enam hasta
(mengecilkan binaan Kaabah) untuk meluaskan kawasan Hijir.
3.Semasa Abdullah bin Az-Zubair membina Kaabah, beliau membinanya semula
sebagaimana bentuk dan saiz (diatas tapak) yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s
dan mengecilkan sedikit kawasan Hijir (kerana ingin meluaskan Kaabah).
4. Al-Hajjaj bin Yusuf mengubah kembali kedudukan Hijir kepada kedudukannya
sebagaimana sekarang ini.
Batu Marmar dan Pembinaan Hijir Nabi Ismail a.s
1. Orang pertama yang meletakkan batu marmar di atas batu-bata Hijir Ismail ialah Khalifah
Al-Abbas Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 140 H.
2. Kemudian ia diperbaharui oleh Khalifah Al-Mahdi pada tahun 161 H.
3. Pada tahun 241 H ia diperbaharui pula oleh Khalifah Al-Mutawakkil Alallah.
4. Pada tahun 283 H ia dibina oleh Al-Mu'tadid Al-Abbas pada masa pemerintahannya.
Kemudian ia dibina pula oleh seorang menteri bernama Jamaluddin yang dikenali dengan
pemurah, pada tahun 550 H.
5. Pada tahun 576 H ia dibina oleh Nasir Al-Abbasi.
6. Tahun 720 H ia dibina oleh Nasir Qallawun.
7. Pada tahun 781 H ia dibina oleh Al-Mansur Ali bin Al-Malik Al-Asyraf Sya'ban bin Husin
bin Al-Malik An-Nasir Muhammad bin Qallawun.
8. Kemudian ia dibina pula oleh Al-Amir Bisaq.
9. Pada bulan Rejab tahun 822 H ia dibina oleh panglima Alauddin.
10. Tahun 826 H ia dibina oleh Al-Amir Zainuddin Muqbil Al-Qadidi.
11. Pada tahun 838 H ia dibina oleh Sudun Al-Muhammadi dengan marmar yang dibawa dari
Mesir.
Nama-nama Mekah
Tidak diketahui negeri lain yang mempunyai
banyak nama selain dari Mekah dan Madinah,
ini disebabkan kedua-duanya merupakan
tempat yang paling mulia. Di antara namanama
bagi negeri Mekah Mukarramah ialah:-
Balad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Aku bersumpah dengan negeri
(Mekah) ini, sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini
(sentiasa ditindas).
Baladul Amin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Serta negeri (Mekah) yang aman
ini."
Khuzaimah bin Thabit bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai
ayat tersebut lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Mekah."
Baldah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "(Katakanlah wahai Muhammad) Aku
hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Mekah)
ini."
Bakkah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang
mula-mula dibina untuk manusia (untuk beribadat kepada Tuhannya) ialah
Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi
umat manusia."
Mekah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Di kawasan Mekah, sesudah Dia
menjadikan kamu dapat menewaskan mereka."
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Bakkah adalah tempat terletaknya
Baitullah, Mekah dan kawasan persekitarannya.
Qaryah: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan (berhubung dengan hal kaum
yang kufur ingkar) Allah memberi satu contoh sebuah negeri."
Mujahid berkata: Maksudnya ialah Mekah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah
menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam
(di Mekah) ke Masjidilaqsa (di Palestine)".
Ma'aad: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang
mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai
Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang
engkau ingini dan cintai."
Ummul Qura: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Supaya engkau memberi peringatan
dan amaran kepada (penduduk) "Ummul Qura" dan sekalian penduduk
dunia di sekelilingnya."
Makhraja Sidqin: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan pohonkanlah (wahai
Muhammad, dengan berdoa): Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam
urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta
keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan
yang menolongku."
Bassah: Kerana ia membinasakan golongan ateis yang terdapat di dalamnya iaitu
menghancurkan dan memusnahkannya.
Basaq: Iaitu si polan itu lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya. Mekah merupakan
negeri yang berkedudukan paling tinggi kerana ia membinasakan golongan
ateis.
Nama-nama
tambahan:
Barrah - Ar-Raks - Ar-Ritaj - Sabuhah - Salam - Salah - Tibah - Al-Azra' -
Al-Arsyu - Al-Arisy - Al-Arudh - Faran - Al-Muqaddasah - Al-Qadis -
Qarbatul Hima - Qarbatul Naml - Tukratul Ghurab - Kutha - Al-
Makkatan - Nadir - Al-Wadi - Ummu Rahim - Ummu Ruhm - Ummu Ar-
Ruhm - Ummul Rahamat - Ummu Rauh - Ummu Zuhm - Ummu Sabih -
Ummu Kutha.
An-Nasah-An-
Nasyah:
Kerana ia mengeluarkan zionis yang berada di dalamnya, iaitu mengusirnya.
An-Nassasah: Kerana airnya berkurangan disebabkan terkeluar iaitu kekeringan.
MASJIDILHARAM
Masjidilharam mempunyai banyak nama, di antaranya ialah:
Baitulharam: Firman Allah s.w.t:
Yِang bermaksud: "Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu,
sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan halhal
hidup)."
Kaabah: Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat
persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi
dinamakan Kaabah.
Masjidilharam: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Oleh itu palingkanlah
mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana
sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya."
ُ
Baitul Atiq: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka tawaf
akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Allah s.w.t namakan Masjidil
haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya
daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan ini
tidak dapat memasukinya." Dikatakan juga kerana binaannya yang
lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk
manusia.
Baniyyah: Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akan
menjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksud
Kaabah).
Telaga Zamzam
Di antara nama bagi Zamzam ialah sebagaimana berikut:
Zummizmu Hazmatu Jibril Siidah Zammamu
Barakah Suqya Ismail Madnunah Syia'ah
Mubarakah Ghuslu Qalbi Muhammad Safiah Maktumah
Kaafiah Ta'aamu Tu'mu Barratu Asy-Syuba'atu
Aafiah Syifau Suqmi Marwiyyah Syuba'atul Iyal
Mughazziah Syarabul Abrar Aunah Tuktamu
Tahirah Qaryatul Naml Busyra Hazmatu Ismail
Hurmah Nuqratul Ghurabil A'sam Ismah Hazmatul Bi'ri
Mu'nah La Tutrifu wala Tuzammu Tayyibah Abyar
Nafi'ah Hafirah Abdul Muttalib Hirfah Hazmatu Jibril
Haji Wida' - Madinah
Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M
1. Rasulullah s.a.w. tinggal diMadinah selama sepuluh tahun. Baginda
s.a.w. berkorban setiap tahun tetapi belum lagi mengerjakan Haji sehingga pada bulan
Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah, Baginda s.a.w. telah membuat keputusan untuk
keluar mengerjakan Haji. Setelah Baginda s.a.w. memberitahu hasrat tersebut kepada
orang ramai berita tersebut heboh disekitar Kota Madinah kerana masing-masing
berkeinginan untuk mengerjakan ibadat Haji bersama Nabi Muhammad
s.a.w. Mereka berusaha sedaya upaya untuk bersama-sama Nabi Muhammad
s.a.w. sama ada secara menunggang binatang tunggangan atau berjalan kaki. Keadaan
ini menyebabkan Kota Madinah dipenuhi dengan orang ramai. Bilangan mereka yang
berkumpul menemui Baginda s.a.w. dalam perjalanan tidak terhitung ramainya.
Mereka berkumpul disebelah hadapan, belakang, kiri dan kanan Baginda
s.a.w. sehingga sayup mata memandang kerana jumlah mereka yang begitu ramai.
Mereka ingin mengikuti Rasulullah s.a.w. dan melakukan sebagaimana yang
dilakukan oleh Baginda s.a.w.
2. Ketika Baginda s.a.w. ingin keluar untuk mengerjakan ibadat Haji, Baginda
s.a.w. telah melantik Abu Dujanah Sammak bin Khursyah as-Sa'idiy sebagai
pemimpin di Madinah dan ada juga yang berkata Baginda s.a.w. melantik Subak bin
Urfutah.
3. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur di Madinah sebanyak empat
rakaat, Baginda s.a.w. berkhutbah kepada orang ramai dan mengajar mereka tentang
ibadat Haji yang akan mereka kerjakan (khutbah).
4.Setelah itu Baginda s.a.w. meminta supaya mengambil untanya lalu Baginda
s.a.w. mengguriskan tanda dibahagian bonggol sebelah kanan unta tersebut lalu
mengalir darah darinya. Seterusnya Baginda s.a.w. menyarungkan kalung tanda
keleher unta tersebut. Baginda s.a.w. menyerahkan kepada orang lain urusan
menanda dan menyarung kalung unta-unta yang lain. Sebaik sahaja selesai
meletakkan tanda, Baginda s.a.w. menyerahkan untanya sebagai Dam kepada Najiah
Ibnu Jundab al-Aslami.
5. Rasulullah s.a.w mandi sunat Ihram, memakai wangi-wangian lantas memakai
dua pakaian ihram kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku,
jadikanlah dia Haji yang diterima, tanpa ada perasaan riak dan ingin menunjuknunjuk."
6. Rasulullah s.a.w keluar dari Kota Madinah pada waktu tengahari iaitu selepas
Zuhur pada hari Sabtu, melalui jalan-jalan yang berpokok, lima hari sebelum genap
bulan Zulkaedah. Ketika keluar dari Kota Madinah, Baginda s.a.w. mendirikan
sembahyang di Masjidnya
Haji Wida' > Zul Hulaifah
Sabtu 26-11-10 H 22-2-632 M
1. Jarak di antara Zul Hulaifah dengan Kota Madinah adalah sejauh tiga batu dan ia
terletak di Wadi Atik. Baginda berjalan ke Zul Hulaifah, sebaik sahaja tiba di sana
pada waktu asar, Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Asar secara qasar.
2. Rasulullah s.a.w turun ke Samurah yang terletak didalam kawasan masjid di Zul
Hulaifah tetapi tidak pula ke Rausah yang berada dikanan jalan.
3. Seterusnya Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak
kemudian Rasulullah s.a.w berjumpa isteri-isterinya pada malam tersebut secara
bergilir-gilir, selepas itu Rasulullah s.a.w mandi dan disapu wangi-wangian oleh
Saidatina Aisyah r.a. Setelah itu Rasulullah s.a.w bermalam di Zul Hulaifah.
4. Setelah mendirikan sembahyang Subuh Rasulullah s.a.w memberitahu para
sahabatnya dengan bersabda: "Semalam aku telah dikunjungi sesuatu daripada
Tuhanku (mengikut riwayat yang lain Jibril) lalu berkata: Dirikan sembahyang
dilembah ini dan sebutkanlah Umrah didalam hati."
5. Perintah supaya mendirikan sembahyang di lembah Aqiq merupakan perintah
supaya tetap berada di Zul Hulaifah sehingga selesai sembahyang Zuhur, setelah itu
bolehlah memakai pakaian Ihram.
Asma' melahirkan anak: Sebaik sahaja kenderaan tunggangan tiba di Zul Hulaifah,
Asma' binti Umais, isteri Abu Bakar as-Siddiq telah melahirkan seorang anak
bernama Muhammmad bin Abu Bakar. Asma' dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w lalu
bertanya: "Apakah yang perlu aku lakukan?" Rasulullah s.a.w : "Mandilah dan
pakailah pakaian kemudian niatlah untuk mengerjakan ibadat Haji."
Pengajaran Yang Boleh Diambil:
Kekuatan Iman dan kecekalan wanita Islam. Kalau tidak kerana kekuatan iman dan
kecekalannya, sudah tentu beliau tidak bermusafir dari Madinah untuk mengerjakan
ibadat Haji memandangkan dia berada dalam keadaan hampir bersalin.
Zul Hulaifah - Ihram:
Ahad 27-11-10 H 23-2-632 M
1. Setelah selesai mendirikan sembahyang Zuhur, (Rasulullah s.a.w mula untuk
berihram. Rasulullah s.a.w memulakan dengan mandi kali kedua bukannya manda yang
telah Rasulullah s.a.w lakukan pada hari sebelum hari tersebut. Rasulullah s.a.w membasuh
kepala dengan menggunakan dua jenis tumbuhan yang biasa digunakan untuk membasuh
kepala iaitu khitmi (sejenis tumbuhan berbunga) dan Usynan iaitu Potash (ia biasa digunakan
untuk membuat sabun). Setelah selesai mandi Rasulullah s.a.w menyapu kepala dengan
sedikit minya kemudian meratakannya dengan menggunakan kedua-dua tangan. Setelah itu
Saidatina Aisyah r.a menyapu tubuh dan kepala baginda dengan wangian kasturi sehingga
kesan kasturi kelihatan pada sendi-sendi baginda.
2. (Rasulullah s.a.w ditanya oleh seorang lelaki: "Apakah pakaian yang boleh dipakai
oleh orang yang berihram?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Kamu tidak boleh
memakai baju, serban, seluar,jubah yang mempunyai penutup kepala dan khuf
(berbentuk stokin tetapi diperbuat dari kulit) kecuali selipar yang tiada penutup
hadapan dan belakang."
Berniat Ihram:
1. Rasulullah s.a.w memasuki masjid Zul Hulaifah lalu mendirikan sembahyang empat rakaat
kemudian berniat Ihram Haji di dalam masjid tersebut sehingga dapat didengari oleh sahabat
yang berada di dalamnya lalu mereka berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah untuk Ihram Haji
dari masjid dan ketika menunggang tunggangan." Manakala sahabat yang berada di tepi
masjid pula berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji ketika tunggangan bersedia untuk
bertolak." Ketika berada di Baida' juga baginda s.a.w. bertalbiah Ihram Haji dan didengari
oleh sahabat yang berada di Baida', lalu mereka berkata: "Baginda s.a.w. bertalbiah Ihram
Haji dari Baida'. Semua kata-kata mereka adalah betul.
2. Nabi Muhammad s.a.w berlafaz niat Ihram Haji dan Umrah satu kali, berlafaz niat Ihram
Umrah satu kali dan berlafaz niat Ihram Haji sahaja satu kali kerana Umrah adalah
sebahagian daripadanya. Oleh sebab yang demikianlah ada yang mengatakan Baginda
sa.w. mengerjakan Haji Qiran, ada yang mengataka Baginda s.a.w. mengerjakan Haji
Tamattu' dan ada juga yang mengatakan Baginda sa.w. mengerjakan Haji Ifrad. Manakala
pendapat yang betul ialah pada mulanya Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji
secara Ifrad. Setelah itu berihram Umrah dan memasukkannya ke dalam ibadat Haji maka
jadilah: Haji Qiran.
3. Sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara
Ifrad maka itulah yang asalnya. Manakala sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Qiran adalah berdasarkan kepada
pekerjaan terakhir Rasulullah s.a.w dan sesiapa yang meriwayatkan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w mengerjakan ibadat Haji secara Tamattu' ialah kerana mengambil maksud
Tamattu' dari sudut bahasa yang bererti beruntung dan mendapat faedah.
Talbiah:
1. Rasulullah s.a.w bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi
seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai
Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji,
segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu)
dengan kuat hingga para sahabat mendengarnya menyebabkan mereka turut serta bertalbiah.
2. Rasulullah s.a.w juga bertalbiah dengan menyebut: Yang bermaksud: (Telah aku penuhi
seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi keinginanMu.
Kebaikan terletak pada kekuasaanMu, telah aku penuhi seruanMu, musafir keranaMu dan
beramal keranaMu).
3. Talbiah Rasulullah s.a.w ialah: Yang bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu dengan
mengerjakan ibadat Haji dan kepadaMulah kami memperhambakan diri.
4. Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut di dalam Talbiah baginda s.a.w.: Yang
bermaksud: Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, Tuhan yang sebenar-benarnya,
telah aku penuhi seruanMu.
5. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w berhenti dari bertalbiah, Rasulullah s.a.w terus memohon
keampunan, keredhaan kepada Allah s.w.t. serta memohon agar diselamatkan dari api
Neraka.
6. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku telah didatangi Jibril a.s. lalu meminta
supaya aku memerintahkan para sahabat menyaringkan suara mereka ketika
bertalbiah." Jiibril a.s. juga berkata: "Wahai Muhammad (s.a.w.), banyakkanlah bertalbiah
dan berkorban."
7. Di dalam riwayat yang lain: Jibril datang berjumpa aku lalu berkata:
"Wahai Muhammad (s.a.w.) Suruhlah sahabat-sahabat kamu supaya menyaringkan suara
mereka dengan talbiah kerana sesungguhnya talbiah adalah syair iaitu lambang ibadat Haji."
Haji Wida' > Rauha'
Isnin 28-11-10 H 24-2-632 M
1. Jarak di antara Rauha' dengan Zul Hulaifah adalah sejauh kira-kira 50 km. Oleh itu
ketika Rasulullah s.a.w keluar dari Kota Madinah selepas Zuhur pada hari Sabtu,
sudah tentu baginda s.a.w. bermalam pada malam hari Isnin di pertengahan jalan di
antara Zul Hulaifah dan pinggir Rauha'. Setelah subuh barulahRasulullah
s.a.w meneruskan perjalanan sambil bertalbiah.
2. Sebaik sahaja tiba di Rauha' Rasulullah s.a.w terlihat kaldai liar yang telah
disembelih lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabat: "Biarkan dia,
kemungkinan tuannya akan datang." Setelah beberapa ketika tuannya yang berasal
dari Kabilah Bahzin datang berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata:
"Wahai Rasulullah s.a.w, terpulanglah kepadamu untuk menguruskan kaldai
ini." Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar supaya membahagikannya kepada
para sahabat.
3. Rasulullah s.a.w pernah mendirikan sembahyang dimasjid kecil yang terletak
ditepi jalan sebelah kanan semasa anda pergi keMekah iaitu sebelum masjid besar
yang terdapat di Rauha'.
Haji Wida' > Uthayah
Selasa 29-11-10 H 25-2-632 M
1. Seterusnya Rasulullah s.a.w beredar perlahan-lahan dari Rauha' menuju ke
Uthayah yang terletak kira-kira 90 km dari Rauha' dimana penunggang terpaksa
bermalam pada malam Selasa di suatu tempat sebelum Nabi Muhammad
s.a.w sampai di Uthayah.
2. Ketika berada di Uthayah terletak diantara Ruwaithah dan Arju tibatiba
Rasulullah s.a.w terlihat seekor kijang yang terkena panah berhenti dibawah
bayangan lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan seorang lelaki (mengikut sesetengah
pendapat Rasulullah s.a.w memerintahkan Abu Bakar as-Siddiq r.a.) supaya berdiri
berhampiran kijang tersebut agar tidak diganggu oelh orang ramai sehingga mereka
menjauhinya.
Di sini berlaku sedikit keraguan iaitu:
Kenapakah Nabi s.a.w menyuruh agar memakan daging kaldai liar
sedangkan baginda s.a.w. melarang dari memakan kijang ketika berada di Uthayah?
Tafsir: Pemburu kaldai liar adalah seorang yang tidak berniat Ihram malah dia sendiri
yang datang berjumpa Nabi Muhammad s.a.w dan baginda s.a.w.melihatnya tidak
berihram. Oleh sebab itulah daging kaldai liar halal dimakan dan tidak ditegah dari
memakannya. Mengenai kijang pula Nabi Muhammad s.a.w tidak mengetahui
siapakah pemburunya dan siapakah yang memanahnya. Adakah orang yang
memanahnya seorang yang berihram atau tidak? Oleh sebab yang
demikianlah baginda s.a.w. tidak mengizinkan para sahabat memakannya.
Haji Wida' > Arju
Arju - Berhenti Di Arju:
Selasa 29-11-10 H 25-2-632 M
Arju adalah sebuah tempat yang terletak berhampiran dengan Badar tempat dimana
berlakunya peperangan Badar Kubra. Nabi Muhammad s.a.wberhenti di Arju. Ia terletak
tidak begitu jauh dari Uthayah. Baginda s.a.w. bermalam di Arju pada malam Rabu. Cuba
perhatikan adakah jumlah hari bulan Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah sebanyak 29 hari atau
30 hari.
Maklumat:
Terdapat perselisihan pendapat di antara perawi tentang bulan Zulkaedah tahun 10 Hijrah.
Adakah ia sempurna atau kurang? Sebab berlakunya perselisihan pendapat ialah kerana
terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Saidatina Aisyah dan Jabir r.a
(bahawa Nabi Muhammad s.a.w keluar dari Kota Mahinah lima hari sebelum sempurna
bulan Zulkaedah oleh itu Ibnu Hazmi berkata Nabi Muhammad s.a.w keluar pada Hari
Khamis 24 Zulkaedah.
Pendapat yang lain mengatakan, Nabi Muhammad s.a.w keluar pada hari Sabtu dan perawi
menyangka bulan tersebut adalah sempurna. Oleh itu semua pendapat bersepakat mengatakan
bahawa bulan Zulkaedah pada tahun tersebut hanya 29 hari sahaja. Hanya Allah
s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui perkara sebenarnya.
* Nabi Muhammad s.a.w keluar pada hari Sabtu 26 Zulkaedah bersamaan 22 Februari 632
M.
* Bilangan hari pada bulan Zulkaedah tahun 10 Hijrah adalah 30 hari.
* Bulan Zulhijah juga adalah sebanyak 30 hari kerana tahun tersebut adalah tahun lompat
mengikut taqwin (kalendar) Hijrah dan bulan Februari adalah sebanyak 29 hari kerana
tahun 632 M juga adalah tahun lompat mengikut taqwim (kalendar) Masehi.
* Apabila bilangan hari bulan Zulhijah sebanyak 30 hari nescaya tahun Hijrah tersebut
dikira tahun lompat, jika bilangan bulan Zulhijah sebanyak 29 hari nescaya tahun tersebut
dikira bukan tahun lompat. Sekiranya anda ingin mengetahui perbezaan di antara tahun
Hijrah biasa dengan tahun Hijrah lompat, anda bolehlah membahagikan jumlah hari
dalam tahun tersebut kepada 30. Cuba bandingkan bakinya bersama nombor-nombor
berikut: 2 - 5 - 7 - 10 - 13 - 15 - 18 - 21 - 24 - 26 - 29, sekiranya baki tersebut menyamai
salah satu darinya maka jelaslah bahawa tahun tersebut adalah tahun lompat. Jika
sebaliknya, maka tahun tersebut bukan tahun lompat. Perkara sebegini jelas pada bulan
Zulhijah, sekiranya tahun tersebut bukan tahun lompat maka bilangan hari bulan Zulhijah
adalah sebanyak 29 hari, tetapi jika tahun tersebut tahun lompat maka bilangan hari bulan
Zulhijah adalah sebanyak 30 hari.
Arju - Kehilangan Unta:
Rabu 30-11-10 H 26-2-632 M
Unta pembawa makanan Nabi Muhammad s.a.w dan makanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq
adalah unta yang sama. Ia dibawa oleh budak suruhan Saidina Abu Bakar. Ketika mereka
berhenti di Arju, Nabi Muhammad s.a.w duduk berehat dan Abu Bakar berada disisi Nabi
Muhammad s.a.wmanakala Aisyah berada disisi Nabi Muhammad s.a.w dibahagian yang
lain. Asma' binti Abu Bakar juga berada ditempat tersebut. Abu Bakar menunggu-nunggu
budak suruhannay datang berjumapa dengannya. Setelah beberapa ketika budak suruhan yang
ditunggu-tunggu datang berjumpa dengannya tetapi tidak ada unta bersamanya. Lalu Abu
Bakar bertanya: "Dimana untamu?" Budak tersebut menajwab: "Telah hilang kelmarin." Abu
Bakar berkata sembil merenung tajam: Unta seekor pun boleh hilang?" Lalu Saidina Abu
Bakar memukul budak suruhannya sedangkan Nabi Muhammad s.a.whanya tersenyum
kemudian berkata: "Tengoklah kamu kepada orang yang berihram ini. Apakah yang dia
lakukan?" Nabi Muhammad s.a.w tidak lagi meneruskan kata-katanya itu sebaliknya Nabi
Muhammad s.a.w terus tersenyum.
Arju - Makanan Ahli Fadhalah:
Rabu 30-11-10 H 26-2-632 M.
Ketika diberitahu tentang kehilangan unta Rasulullah s.a.w yang membawa makanan kepada
keluarga Fadhalah, mereka terus mengambil satu bekas yang penuh dengan Hais iaitu
makanan yang diperbuat dari minyak sapi dan gandum atau gandum dan tamar lalu
membawanya kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Abu Bakar! Kemarilah. Allah s.w.t. telah mengurniakan
kepada kita makanan yang lebih baik". Melihat keadaan Abu Bakar yang masih lagi tidak
dapat menahan kemarahan terhadap budak suruhannya, Rasulullah s.a.w berkata: "Cukuplah
wahai Abu Bakar! Apa yang berlaku bukanlah kehendak kamu dan bukan juga kehendak kita
semua, malah budak suruhan kamu cukup berhati-hati agar unta tersebut tidak hilang. Semua
perkara ini adalah diluar kehendaknya". Setelah itu Rasulullah s.a.w, keluarga baginda
s.a.w., Abu Bakar dan para sahabat yang ada bersamanya memakan makanan yang
dihidangkan sehingga mereka semua kenyang.
Arju - Unta Kembali:
Rabu 30-11-10 H 26-2-632 M
1. Orang ramai terkejut melihat keadaan Safuan bin al-Mu'attal r.a yang tergesa-gesa
membawa seekor unta yang membawa bekalan makanan ke rumah Rasulullah s.a.w,
sehinggalah beliau meletakkan unta tersebut di hadapan pintu rumah baginda. Melihat
keadaan demikian Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Bakar as-Siddiq r.a: "Itukah
barang-barangmu?" Abu Bakar menjawab: "Aku tidak pernah kehilangan sesuatu kecuali
sebiji bekas yang biasa kami gunakan untuk meminum air dan ia diperbuat dari kayu."
Budak suruhannya menjawab: "Ini bekasnya! Ada bersamaku." Abu Bakar berkata
kepada Safuan: "Allah s.w.t. telah mengurniakan amanah kepadamu."
2. Setelah beberapa detik Saad bin Ubadah dan anaknya Qais r.a datang
memanggil Rasulullah s.a.w sambil membawa seekor unta yang penuh dengan bekalan
makanan. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w, mereka berdua terus
mendapatkan Nabi Muhammad s.a.w yang masih berdiri di pintu rumahnya. Pada waktu
itu Allah s.w.t. telah mengembalikan unta pembawa bekalan yang telah hilang. Saad
berkata: "WahaiRasulullah! Kami telah diberitahu bahawa kamu telah kehilangan unta
yang membawa bekalan makanan pagi tadi. Oleh itu ambillah unta kami ini yang penuh
dengan bekalan makanan sebagai gantinya." Rasulullah s.a.w menjawab: "Allah
s.w.t. telah mengembalikan unta kami yang membawa bekalan makanan. Pulanglah kamu
berdua dengan membawa unta yang penuh dengan bekalan makanan kamu itu,
semoga Allah s.w.t. memberkati kamu berdua.
Haji Wida' > Abwa'
Abwa' 30-11-10 H 26-2-632 M
1. Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan. Semasa Rasulullah
s.a.w berada di Abwa' Rasulullah s.a.w dihadiahkan seekor kaldai liar oleh as-So'bu
bin Jassamah. Mengikut riwayat yang lain: "Separuh kaldai liar" namun Rasulullah
s.a.w tidak menerimanya sebaliknya Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku tidak akan
menolaknya sekiranya aku tidak berihram."
2. Para sahabat yang menunggang binatang tunggangan meneruskan lagi perjalanan
menuju ke Wadi Asafan yang terletak di Mekah pada hari Rabu.
Haji Wida' > Asafan
Jumaat 2-12-10 H 28-2-632 M
1.Nabi Muhammad s.a.w bermalam pada malam Khamis di suatu tempat yang
terletak di antara Abwa' dan Wadi Asafan. Nabi Muhammad s.a.w meneruskan
perjalanan pada hari Khamis dan bermalam pada malam Jumaat di suatu tempat yang
tidak begitu jauh dengan Wadi Asafan manakala pada hari Jumaat pula, Nabi
Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalanannya sehinggalah sampai di Wadi
Asafan.
2. Semasa Nabi Muhammad s.a.w berjalan-jalan di Wadi Asafan, Baginda
s.a.w. bersabda: "Wahai Abu Bakar, Wadi apakah ini?" Abu Bakar menajwab: "Wadi
Asafan, ya Rasulullah" Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Nabi Hud dan
Nabi Soleh telah melalui wadi ini secara menunggang unta jantan yang masih muda
dan berwarna merah serta mempunyai tali kekang yang diperbuat dari seludang iaitu
kelopak atau pembalut yang berjalur dan berselimut dengan jubah. Mereka bertalbiah
dan mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah."
3. Rasulullah s.a.w bermalam di Mekah pada malam Sabtu selepas Baginda
s.a.w. melalui Wadi Asafan. Setelah Subuh Baginda s.a.w. meneruskan lagi
perjalanan ke Saraf.
Haji Wida' > Saraf-Melintasi
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
Ibnu Saad menyebut di dalam kitab at-Tobaqaat al-Kubra bahawa: "Rasulullah
s.a.w melalui az-Zahran pada hari Isnin dan matahari tenggelam pada hari yang sama
semasa baginda berada di Saraf." Sebenarnya: Rasulullah s.a.w melalui az-Zahran
pada pagi hari Sabtu kemudian melalui Saraf pada hari yang sama dan Rasulullah
s.a.w meneruskan perjalanan sehinggalah Rasulullah s.a.w berhenti di Zu Tuwa
serta Rasulullah s.a.w bermalam di sana pada malam Ahad, Wallahu A'lam.
Saraf - Membatalkan Haji:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
1. Ketika Rasulullah s.a.w berada di Saraf, Baginda s.a.w. berkata kepada para
sahabat: "Sesiapa yang tidak mempunyai Dam dan ingin menukar ibadat Hajinya
kepada Umrah maka bolehlah dia melakukannya tetapi sesiapa yang mempunyai Dam
janganlah berbuat demikian." (iaitu hendaklah dia terus berada di dalam Ihramnya).
Tindakan ini dinamakan oleh ulama-ulama Fekah sebagai membatalkan Haji.
2. Empat belas orang sahabat r.a telah meriwayatkan hadis daripadaRasulullah
s.a.w tentang tindakan menukar ibadat Haji kepada Umrah dan Hadis mereka semua
adalah Sahih.
Saraf - Aisyah Menangis:
Sabtu 3-12-10 H 29-2-632 M
Ketika Rasullullah s.a.w. berada berada di daerah Saraf, Saidatina Aisyah datang haid
sedangkan beliau dalam keadaan berihram umrah, laluRasullullah s.a.w. menemuinya yang
kebetulan sedang menangis. Rasullullah s.a.w. bertanya: "Aisyah, apakah yang
menyebabkan kamu menangis, jangan-jangan kamu datang haid?" Aisyah menjawab:
"Ya". Rasullullah s.a.w. berkata: "Ini adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t.keatas wanita-wanita, oleh itu lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh jemaah
Haji, cuma janganlah kamu melakukan Tawaf."
Haji Wida' > Mekah
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah dan memasukinya melalui dataran tinggi yang
terletak dari arah Hajun.
2. Rasulullah s.a.w berjalan memasuki Kota Mekah pada waktu Dhuha dan terus ke
pintu Masjidil Haram lalu mentelekukan unta tunggangannya kemudian memasuki
Masjidil Haram melalui Bab Abdul Manaf (Pintu Abdul Manaf) dan kini orang ramai
menamakannya Bab Bani Syaibah (Pintu Bani Syaibah).Rasulullah s.a.w memerhati
ke arah Baitullah dan menghadapnya lantas mengangkat kedua tangan seterusnya
bertakbir sambil membaca: Yang bermaksud:"Ya Allah, Engkaulah yang bersifat
sejahtera, dariMu sahajalah kesejahteraan. Oleh itu hidupkanlah kami wahai
Tuhanku dengan kesejahteraan. Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan
kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan serta tambahkanlah
kurniaMu kepada sesiapa jua yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya
dari kalangan orang-orang yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah dengan
kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebajikan.
Di dalam riwayat yang lain Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud:
"Ya Allah, tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan
kebaikan."
Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Masjidil Haram, Rasulullah s.a.w terus menuju
ke Baitullah tanpa mendirikan sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid kerana
Tahiyyatul Masjid bagi Masjidil Haram adalah Tawaf.
Mekah - Tawaf:
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w memulakan Tawafnya dari Hajarulaswad. Rasulullah
s.a.w melambaikannya tanpa bersesak-sesak untuk mengucupnya sambil kedua mata baginda
penuh berlinangan air mata.
2. Rasulullah s.a.w memakai pakaian Ihram secara menutup bahu kiri dan membuka bahu
kanan. Rasulullah s.a.w berjalan sebagaimana biasa sebanyak empat pusingan, setelah
selesai empat pusingan Rasulullah s.a.w mengucup Hajarulaswad dan meletakkan kedua
tangan keatasnya kemudian menyapu kemuka.
3. Rasulullah s.a.w meneruskan lagi tawafnya sebanyak tiga pusingan, setiap
pusingan Rasulullah s.a.w memulakannya dari Hajarulaswad dan mengakhirinya juga di
Hajarulaswad. Pada ketiga-tiga pusingan ini Rasulullah s.a.w berjalan agak cepat sedikit,
walau bagaimanapun Rasulullah s.a.wtidak membuka langkah lebih luas.
4. Setiap kali Rasulullah s.a.w sampai di garisan Hajarulaswad, Rasulullah
s.a.w mengisyaratkannya secara melambai dengan menggunakan Mihjan (tongkat yang
berkepala bengkok) dan mengucup Mihjannya. Semasa melambai Rasulullah
s.a.w membaca:
5. Rasulullah s.a.w berkata kepada Umar bin al-Khattab r.a.: "Wahai Umar, engkau adalah
seorang lelaki yang kuat. Oleh itu janganlah kamu berebut-rebut dengan orang ramai untuk
mengucup Hajarulaswad kerana keadaan demikian akan menyakiti orang-orang yang lemah.
Sekiranya engkau berpeluang bolehlah engkau mengucupnya jika tidak maka hadaplah
kearahnya serta bertalbiah dan bertakbir."
6. Orang ramai menghafal doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di antara dua
rukun iaitu: Rukun Yamani dan Hajarulaswad. Doa tersebut ialah: Yang bermaksud: "Wahai
Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini, begitu juga kurniakanlah
kepada kami kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka."
7. Setelah selesai TawafRasulullah s.a.w beredar ke belakang maqam Ibrahim sambil
membaca: Yang bermaksud: "Dan kamu jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat
sembahyang." Pada waktu itu maqam Ibrahim terletak sangat hampir dengan
Kaabah. Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat dibelakang maqam
Ibrahim dengan kata lain Rasulullah s.a.w menjadikan maqam Ibrahim berada
diantaraRasulullah s.a.w dan Kaabah. Pada rakaat pertama Rasulullah s.a.w membaca surah
Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun manakala pada rakaat yang kedua pula Rasulullah
s.a.w membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas."
8. Sebaik sahaja selesai sembahyang baginda terus beredar ke Hajarulaswad lalu mengucupnya
kemudian Baginda s.a.w. keluar melalui Bab Bani Makhzum (Pintu Bani Makhzum) yang
bertentangan dengan bukit Safa untuk memulakan Saie. Rasulullah s.a.w tidak berebut-rebut
dengan orang ramai untuk mengucup Hajarul Aswad, tidak menghadap ke arah Rukun
Yamani, tidak mengangkat kedua tangannya dan tidak menyebut: Yang bermaksud: "Sahaja
aku berniat Tawaf pada minggu ini (sekian atau sekian.) Begitu juga Baginda s.a.w. tidak
memulakannya dengan bertakbir sebagaimana Baginda s.a.w. bertakbir untuk sembahyang.
Rasulullah s.a.w tidak menyentuh Hajarulaswad dengan menggunakan kedua-dua tangannya,
tidak berdoa ketika berada di pintu, tidak berdoa ketika berada di bawah saluran hujan yang
diperbuat dari emas, tidak berdoa di belakang Kaabah, tidak menghadkan zikir-zikir tertentu
semasa Tawaf danRasulullah s.a.w tidak melakukannya malah Rasulullah s.a.w tidak
mengajarnya. Oleh yang demikian sepatutnya orang ramai mengambil perhatian terhadap apa
yang mereka lakukan tanpa pengetahuan yang mendalam.
Mekah - Saie:
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
Ketika mendaki bukit Safa Rasulullah s.a.w membaca: Yang bermaksud:
"Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang)
agama Allah s.w.t.. Oleh itu sesiapa yang menunaikan ibadat Haji di Baitullah atau
mengerjakan Umrah maka tidak menjadi kesalahan dia bersaie (berjalan dengan
berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang sukarela mengerjakan perkara
kebajikan maka sesungguhnyaAllah Maha Memberi Balasan Pahala lagi Maha
Mengetahui.
Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: "Aku mulai sebagaimana yang telah dimulakan
oleh Allah s.w.t." Kemudian Rasulullah s.a.w mendaki bukit Marwah. Setelah
berada diatas bukit Marwah Rasulullah s.a.w mengadap kearah Kaabah dan
memuji Allah s.w.t. sambil menyebut: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan
melainkan Allah dan hanya Allah jualah yang Maha Besar." Seterusnya Rasulullah
s.a.w menyebut: Yang bermaksud: "Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarbenarnya
melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan
yang telah menolong hambaNyadan menghancurkan segala musuh-musuh dengan
keagunganNya."
Ketika bersaie Rasulullah s.a.w juga berkata: "Seseorang tidak akan mampu
melintasi lembah ini melainkan dengan kekuatan." Kata-kata tersebut adalah untuk
memberi semangat kepada orang ramai tentang perkara-perkara yang penting dan
perlu dilakukan semasa bersaie kerana orang ramai bergantung kepada
bimbingan Rasulullah s.a.w malah mereka sentiasa mengikuti Rasulullah s.a.w dari
belakang. Rasulullah s.a.wbersaie sehingga kelihatan dua lutut kerana terlalu kuat
berlari. Ketika berada di lembah antara Safa dan Marwah Rasulullah s.a.w membaca:
Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, rahmatilah aku
dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah."
Semasa orang ramai mengerumuni Rasulullah s.a.w, mereka berkata: "Ini dia
Muhammad, menyebabkan tuan-tuan hamba juga keluar mengerumuniRasulullah
s.a.w." Rasulullah s.a.w tidak menolak orang ramai dengan kedua tangan Rasulullah
s.a.w supaya mereka membuka jalan untuk keluar. Melihat keadaan orang ramai yang
semakin bertambah mengerumuninya, Rasulullah s.a.w terus menunggang unta dan
menyempurnakan Saie secara menunggang untanya yang bernama al-Qaswa'. Ada
sahabat-sahabat yang melihat Rasulullah s.a.w berselimut dengan sehelai kain buatan
Najrani. Ketika Nabi Muhammad s.a.w berada di atas bukit Marwah Baginda
s.a.w. menghadap ke arah Kaabah, bertakbir kepada Allah s.w.t. dan melakukan
sebagaimana yang telah dilakukan semasa berada di atas bukit Safa.
Mekah - Perintah Pembatalan:
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Ketika berada di Saraf, Rasulullah s.a.w memberi pilihan kepada para sahabat yang ingin
menukar niat Haji kepada Umrah dan setelah selesai bersaieBaginda s.a.w. menyuruh para
sahabat bertahallul seterusnya membenarkan para sahabat melakukan semua perkara yang
ditegah semasa berihram seperti: Bersetubuh dengan Isteri, memakai bau-bauan, memakai
pakaian berjahit serta membenarkan mereka berada dalam keadaan demikian sehingga ke hari
Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah.
2. Mendengar sabda Baginda s.a.w. tersebut, ramai dari kalangan sahabat yang bertahallul.
Walau bagaimanapun pada waktu itu Rasulullah s.a.w tidak bertahallul disebabkan oleh
binatang Dam yang Baginda s.a.w. bawa sejak dari Madinah lagi, begitu juga dengan para
sahabat yang mempunyai Dam seperti Abu Bakar, Umar, Talhah dan az-Zubair r.a.
3. Demikian juga dengan isteri-isteri Baginda s.a.w., mereka semua bertahallul kecuali Aisyah
kerana beliau datang haid sebelum selesai mengerjakan ibadat Umrah. Disebabkan
keadaannya yang demikianlah Aisyah terhalang dari bertahallul. Fatimah puteri Rasulullah
s.a.w juga bertahallul kerana tidak mempunyai binatang Dam.
4. Saidina Ali bin Abi Talib pulang dari Yaman dengan membawa binatang Dam lalu terlihat
Fatimah r.a yang pada ketika itu telah bertahallul, memakai pakaian yang bercorak serta
bercelak mata. Tindakan ini ditegur oleh Saidina Ali bin Abu Talib namun Saidatina Fatimah
menjawab: "Ayahku menyuruhku berbuat begini."
5. Tanpa membuang masa Saidina Ali bin Abu Talib terus bertanya Rasulullah
s.a.w lalu Baginda s.a.w. menjawab: "Dia benar, dia benar. Aku yang menyuruhnya berbuat
demikian."
6. Saidina Ali berniat Ihram Haji dari Yaman dengan berkata: Yang bermaksud: "Wahai
Tuhanku, aku berniat Ihram sebagaimana RasulMu berniat Ihram."
7. Abu Musa al-Asy'ari adalah di antara sahabat yang tiba bersama-sama rombongan Saidina Ali
dari Yaman tetapi beliau tidak membawa binatang Dam. Oleh itu Nabi Muhammad
s.a.w menyuruh agar beliau bertahallul selepas melakukan Tawaf Umrah dan bersaie, dengan
demikian bertukarlah Hajinya kepada Umrah serta jadilah Hajinya sebagai Haji Tamattu'.
Mekah - Khutbah DiMekah:
Ahad 4-12-10 H 1-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa satu kaum berkata: "Kami telah sampai untuk
menunaikan ibadat Haji tanpa diiringi dengan perkara lain. Apabila kami tiba, kami telah
diperintahkan untuk mengerjakan ibadat Umrah, lalu kami bertahallul untuk menggauli isteriisteri
kami. Salah seorang dari kalangan kami pergi ke Mina dalam keadaan berjunub."
2. Setelah Rasulullah s.a.w mendengar berita tersebut dan selesai bersaie, Baginda s.a.w. terus
bangun menyampaikan khutbah kepada manusia dengan bersabda: "Aku telah diberitahu
bahawa satu kaum berkata begitu dan begini. Demi Allah! Sesungguhnya akulah orang yang
lebih baik dan lebih bertaqwa daripada mereka, sekiranya aku tidak terlanjur (mengikut
riwayat yang lain, wahai manusia! Sekiranya aku tidak terlanjur) membawa binatang Dam,
tentu tidak terjadi begini dan sekiranya aku tahu bahawa urusanku akan terjadi begini tentu
aku tidak membawa binatang Dam untuk di sembelih kerana aku akan menjadikannya
Umrah. Oleh itu sesiapa yang tidak mempunyai binatang Dam, hendaklah dia bertahallul
dan menjadikannya ibadat Umrah". Setelah itu seluruh manusia berlahallul.
3. Lalu Suraqah bin Malik bin Ja'tham yang berada di bawah Wadi berkata: "Wahai Rasulullah!
Adakah Haji diwajibkan pada tahun ini sahaja atau untuk selama-lamanya? Nabi
Muhammad s.a.w bersabda sambil merapatkan kedua tangannya: "Untuk selama-lamanya,
untuk selama-lamanya, untuk selama-lamanya." Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: "Ibadat
Umrah telah dimasukkan ke dalam ibadat Haji sehingga Hari Kiamat."
4. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Kami tiba bersama Rasululluh
s.a.w pada hari keempat bulan Zulhijah dalam keadaan berihram untuk mengerjakan ibadat
Haji lalu kami diperintahkan untuk menjadikannya Umrah. Perintah tersebut begitu susah dan
berat untuk kami menerimanya sehingga perkara tersebut sampai ke pengetahuan Nabi
Muhammad s.a.w. Lalu Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Wahai manusia! Kamu semua
bertahallullah. Sekiranya tidak kerana binatang Dam yang ada bersamaku nescaya aku juga
akan lakukan sebagaimana yang kamu lakukan". Mendengar sabda Nabi Muhammad s.a.w.,
kami terus bertahallul sehingga kami dapat menggauli isteri-isteri kami sebagaimana biasa."
5. Apabila tiba hari Tarwiah (hari kelapan Zulhijah), kami keluar dari Mekah dan terus berniat
Ihram Haji.
Mekah - Tinggal DiMekah:
Khamis 8-12-10 H 5-3-632 M
1. Setelah selesai bersaie di antara Safa dan Marwah, Nabi Muhammad s.a.w. berjalan-jalan
bersama orang ramai sehinggalah sampai di Abtah, suatu tempat di timur Mekah. Nabi
Muhammad s.a.w. tinggal di khemah merah dan menetap di sana pada hari Ahad, Isnin,
Selasa dan Rabu sehinggalah selesai sembahyang subuh pada hari Khamis.
2. Sepanjang tempoh Rasulullah s.a.w menetap di Abtah bersama para sahabat, Nabi
Muhammad s.a.w. mendirikan sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak bersama mereka secara
qasar dan tidak kembali ke Kaabah sepanjang hari-hari tersebut.
3. Sebelum sembahyang, Bilal r.a melaungkan azan kemudian memacakkan tongkat dari arah
kiblat seterusnya meletak kulit kambing di atasnya.Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang
mengimami orang ramai secara menghadap ke arah tersebut. Ketika sedang sembahyang,
anjing dan kaldai melintas dari belakang kulit kambing tersebut.
4. Kemudian orang ramai bangun lalu menyapu muka mereka dengan menggunakan
tangan Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang sahabat berkata: "Aku telah mengambil
tangan Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya menyapu ke mukaku. Aku dapati ia lebih sejuk
dari salji dan lebih harum dari kasturi."
Haji Wida' > Mina (Tarwiah)
Khamis 8-12-10 H 5-3-632 M
1. Sehari sebelum tiba hari Tarwiah (hari kelapan Zulhijah), Nabi Muhammad
s.a.w. telah berkhutbah di Mekah selepas masuk waktu Zuhur.
2. Pada pagi hari Khamis, Nabi Muhammad s.a.w. beredar ke Mina dengan diiringi
oleh umat Islam. Para sahabat yang telah bertahallul selepas mengerjakan Umrah,
mula berihram kembali untuk mengerjakan ibadat Haji. Namun begitu bukanlah
bererti mereka berihram di dalam Masjidil Haram tetapi sebenarnya mereka berihram
di luar Kota Mekah.
3. Sebaik sahaja tiba di Mina, mereka berhenti untuk sembahyang Zuhur dan Asar.
Mereka bermalam di sana pada malam Jumaat. Setelah sembahyang Subuh, mereka
menunggu seketika sehingga terbit matahari kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan
lagi perjalanan dari Mina ke Arafah. Ketika unta tunggangan Nabi Muhammad
s.a.w. yang beralaskan kain baldu bangkit bersedia untuk bertolak Nabi Muhammad
s.a.w. menyebut kata-kata yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, jadikanlah ia Haji
yang diterima, tiada padanya perasaan untuk menunjuk-nunjuk dan untuk
membangga diri."
4. Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan jalan yang belum pernah dilalui oleh
orang ramai dan kini ia terletak di sebelah kanan jalan menuju ke Mina Sebahagian
dari para sahabat bertalbiah dan sebahagian yang lain bertakbir. Nabi s.a.w mendengar
perkara tersebut tetapi baginda tidak mengingkari mereka.
Haji Wida' > Arafah
Arafah - Khutbah Arafah:
Jumaat 9-12-10 H 6-3-632 M
1. Pada zaman jahiliah, kaum Quraisy berhenti wuquf di Masy'arilharam. Ketika Rasulullah
s.a.w bertolak dari Mina menuju ke Namirah, Rasulullah s.a.w mendapati khemah telah siap
didirikan sebagaimana yang Rasulullah s.a.w perintahkannya lalu berhenti di situ. Apabila
matahari terbenam,Rasulullah s.a.w meminta para sahabat supaya mengambil unta yang
bernama Al-Qaswa' lalu meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di lembah wadi tanah
Arafah. Rasulullah s.a.w berdiri di atas tanah tinggi Arafah lalu bersabda yang
bermaksud: "Setiap kawasan Arafah adalah tempat wuquf kecuali Wadi Uranah."
2. Rasulullah s.a.w telah meminta seorang lelaki bersuara nyaring yang bergelar Rabiah bin
Umayyah bin Khalaf al-Jamhi supaya mengulang-ulang apa yang disebut oleh Rasulullah
s.a.w agar orang ramai dapat mendengarnya. Ketika itu Rabiah berdiri di bawah leher
unta Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: (Laungkan kepada orang
ramai) dan katakan yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: "Adakah kamu mengetahui bulan apakah sekarang ini? Begitulah seterusnya
sehingga berakhir khutbah Rasulullah s.a.w".
3. Sebelum sembahyang Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada orang ramai sambil berada di
atas tungganganya dengan bersabda selepas mengucap puji-pujian kepada Allah
s.w.t.: "Wahai manusia! Sesungguhnya darah dan harta kamu diharamkan kepada kamu
sebagaimana diharamkannya pada hari ini, bulan ini dan tempat ini. Sesungguhnya kamu
akan bertemu Tuhan kamu untuk dipersoalkan mengenai amalan-amalan kamu.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan.
4. Sesiapa yang diserahkan kepadanya amanah, hendaklah ditunaikan amanah
tersebut. Bukankah semua perkara tersebut amalan jahiliah yang dilakukannya di sini begitu
juga dengan korban jahiliah turut dilakukan di sini. Sesungguhnya Dam pertama yang berlaku
ialah Dam Rabiah (dalam riwayat lain: Dam Ibnu Rabiah) bin Al-Haris bin Abdul Muttalib,
ketika itu beliau sedang disusukan di perkampungan Bani Saad, lalu dibunuh oleh Huzail.
Setiap riba adalah ditolak dan bagi kamu modal harta kamu. Oleh itu janganlah kamu zalim
menzalimi antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. telah memutus bahawa tidak ada riba.
Sesungguhnya riba yang pertama ialah riba yang dilakukan oleh al-Abbas bin Abdul Muttalib,
kesemuanya itu ditolak.
5. Wahai manusia! Sesungguhnya Syaitan telah putus asa untuk beribadat di atas muka bumi
ini buat selama-lamanya, tetapi apa yang dia inginkan ialah keburukan-keburukan daripada
amalan kamu. Oleh itu awasilah dia dari agamamu.
6. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke
satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir
itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada
satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkanrendahkan
apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa
yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah
s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi,
setahun adalah dua belas bulan. Mengikut riwayat yang lain: "Sesungguhnya bilangan bulan
di sisi Allah s.w.t.adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat
bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam,
seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban".
7. Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. dan berpesanlah kepada
perempuan-perempuan dengan kebaikan, sesungguhnya mereka di sisi kamu merupakan
penolong, mereka tidak mempunyai sesuatu untuk diri mereka. Sesungguhnya kamu
mengambil mereka dengan amanah Allah s.w.t.dan kamu menghalalkan kemaluan mereka
dengan kalimah Allah s.w.t.. (Mengikut riwayat yang lain: Dengan kitab Allah s.w.t.).
Mereka mempunyai kewajipan ke atas kamu dan kamu juga mempunyai kewajipan ke atas
mereka. Kewajipan mereka ke atas kamu ialah tidak membiarkan seseorang yang kamu benci
mengambil tempat kamu, kewajipan kamu juga tidak melakukan perkara-perkara yang keji
secara nyata dan sekiranya mereka melakukan perkara tersebut sesungguhnya Allah
s.w.t. memberi keizinan kepada kamu untuk meninggalkan mereka dari tempat tidur dan
pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sekiranya mereka berhenti dari
melakukan perkara tersebut, kamu wajib memberikan kepada mereka nafkah dan pakaian
dengan cara yang baik.
8. Amatilah wahai manusia kata-kataku ini, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku
telah tinggalkan kepada kamu suatu perkara yang tidak akan menyesatkan kamu selepas
daripadaku buat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, (mengikut
riwayat yang lain: Dua perkara yang jelas) iaitu Kitab Allah s.w.t. dan Sunah NabiNya.
9. Wahai manusia! Dengarlah kataku ini dan amatilah, kamu ketahui bahawa setiap orang
Islam merupakan saudara kepada orang Islam yang lain dan sesungguhnya setiap orang Islam
itu bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seseorang terhadap saudaranya kecuali apa yang
diberinya dengan baik. Janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri. (Ketahuilah bahawa hati
tidak boleh belot di atas tiga perkara: Ikhlas beramal kerana Allah s.w.t, menasihati para
pimpinan dan tetap bersama dengan jemaah Islam. Sesungguhnya doa mereka sentiasa
mengiringi mereka.).
Baginda s.a.w. menambah: (Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamatnya
nescaya Allah s.w.t. akan menjadikan kefakiran di hadapan kedua matanya serta Allah
s.w.t melerai-leraikan ke atasnya hasil usahanya dan tidak akan berlaku sesuatu kecuali apa
yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. baginya. Sesiapa yang berniat untuk akhirat, Allah
s.w.t akan mengurniakan kekayaan di dalam hatinya dan akan memadai apa yang ada pada
dirinya malah kekayaan dunia ini adalah merupakan suatu perkara yang hina baginya).
Baginda s.a.w. menambah lagi: "Sesungguhnya Allah s.w.t merahmati sesiapa yang
mendengar perutusanku ini dan mengambil berat tentangnya sehinggalah disampaikan
kepada orang lain." Berapa ramai pendokong ilmu fekah tetapi tidak dikira sebagai ahli fekah
malah begitu ramai ahli fekah yang mengajar kepada orang yang lebih alim daripadanya.
10. Orang yang paling tinggi dari kalangan kamu ialah orang yang memberi makan kepada
mereka sebagaimana kamu makan dan memberikan pakaian kepada mereka sebagaimana
kamu pakai. Sekiranya mereka datang kepada kamu dalam keadaan berdosa maka janganlah
kamu menghalaunya sebaliknya ampunilah dia dan bersumpah setialah kamu wahai
hamba Allah serta janganlah kamu menzalimi mereka.
11. Aku mewasiatkan kepada kamu tentang jiran tetangga ... sehingga lebih dari itu, lalu
kami katakan sesungguhnya dia akan mewarisi pusaka.
12. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menunaikan segala hak-hakNya. Dari
itu kamu tidak harus mewasiatkan harta kepada waris, anak adalah dari perkahwinan yang sah
dan penzina hendaklah direjam dengan batu. Sesiapa yang mendakwa orang lain sebagai
ayahnya atau tunduk kepada bukan tuannya nescaya Allah s.w.t, para malaikat dan seluruh
umat manusia akan melaknatnya. Allah s.w.t tidak akan menerima segala urusan dan keadilan
daripadanya. Barang pinjaman mestilah dihantar pulang, pemberian pasti akan dibalas, hutang
mestilah dibayar dan orang yang menjamin seseorang hendaklah menunaikan jaminannya
13. Sesungguhnya orang kafir penyembah berhala berkumpul di sini ketika matahari
terbenam sehingga matahari naik (berada di puncak bukit) seperti serban seorang lelaki yang
dipakai di kepalanya. Ajaran kami berbeza dengan ajaran mereka, mereka bertolak dari
Masy'arilharam ketika matahari naik lalu mereka menyebut: Telah bersinar bukit Thubair
(sebuah bukit yang terletak di Mekah) supaya kita dapat bergerak. Allah s.w.t telah
memulakan perkara ini dan melewatkan perkara yang lain iaitu mendahulukan Muzdalifah
sebelum matahari naik dan melewatkan Arafah sehingga matahari terbenam sedangkan kita
berkumpul di Muzdalifah sehingga matahari naik. Syariat kami bercanggah dengan ajaran
penyembah berhala dan orang-orang kafir.
14. Kamu akan ditanya mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab? Mereka menjawab:
"Kami bersaksi bahawa kamu telah menyampaikan, telah menunaikan amanah dan telah
menasihatkan kami." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda sambil tangannya di
angkat ke langit membalas kata-kata orang ramai yang bermaksud: "Ya Allah saksikanlah,
Ya Allah saksikanlah, Ya Allah saksikanlah"
- Setelah Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah Arafah, Bilal terus azan untuk
sembahyang kemudian iqamat lalu Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Zuhur dua
rakaat, seterusnya diiqamatkan lalu terus mendirikan sembahyang Asar dua rakaat, tanpa
menyelangi di antara keduanya dengan sembahyang lain malah Rasulullah
s.a.w membaca ayat-ayat al-Quran dengan suara perlahan..
- Seterusnya Rasulullah s.a.w menunggang untanya sehingga sampai ke tempat wuquf
kemudian memberhentikan unta tunggangan Rasulullah s.a.w yang bernama al-Qaswa'
di hadapan bukit al-Masyat secara menghadap ke arah kiblat.
Arafah - Wuquf Di Arafah:
Jumaat 9-12-10 H 6-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w terus berwuquf sehingga matahari tenggelam dan ufuk kuning hilang
sedikit serta bentuk matahari tidak lagi kelihatan.
2. Ketika sedang berwuquf itulah Allah s.w.t telah menurunkan kepada Rasulullah
s.a.w firmanNya: Yang bermaksud: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu
ugama kamu, Aku sempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam
sebagai ugama bagi kamu."
3. Para sahabat meragui tentang puasa Rasulullah s.a.w lalu mereka mengutuskan Ummu
al-Fadhli dan Maimunah r.a membawa susu kepadaRasulullah s.a.w. Pada ketika
itu Rasulullah s.a.w sedang berada di tempat wuquf. Rasulullah s.a.w meminum susu
tersebut sambil diperhatikan oleh para sahabat yang ada di sekitar Rasulullah s.a.w.
Melihat keadaan tersebut maka terbuktilah kepada mereka bahawa orang yang wuquf di
Arafah tidak boleh berpuasa
4. Rasulullah s.a.w mendapati ramai para sahabat berada jauh dari kawasan wuquf
lalu Rasulullah s.a.w mengutuskan Zaid bin Murabba' al-Ansari supaya berjumpa
mereka. Sebaik sahaja sampai, Zaid berkata kepada mereka: "Sesungguhnya aku adalah
utusan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w bersabda kepada kamu yang
bermaksud: "Kamu hendaklah berada di kawasan Masy'ar kerana kamu mewarisi
peninggalan ayah kamu Nabi Ibrahim."
5. Seorang sahabat yang berasal dari Najd telah bertanya Rasulullah s.a.w ketika sedang
wuquf di padang Arafah tentang mengerjakan ibadat Haji. Lalu Rasulullah
s.a.w menjawab yang bermaksud: "Haji adalah wuquf di Arafah, sesiapa yang sempat
sampai pada malam Arafah sebelum naik fajar pada malam berkumpul, maka
sempurnalah Hajinya."
6. Ketika seorang lelaki wuquf bersama Rasulullah s.a.w di Arafah, tiba-tiba dia terjatuh
dari tunggangannya dan terus mati. Lalu Rasulullah s.a.wmemerintahkan supaya lelaki
tersebut dikafani dengan pakaiannya, tidak disapu dengan wangi-wangian, dimandikan
dengan air dan daun bidara serta tidak ditutup kepala dan mukanya kerana Allah
s.w.t. akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan sedang bertalbiah.
7. Di antara doa yang banyak dibaca oleh Rasulullah s.a.w pada Hari Arafah ialah: Yang
bermaksud: "Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Tiada
sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang memiliki kepujian
dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara".
8. Sabda Rasulullah s.a.w:
Sebaik-baik perkataan yang disebut oleh aku dan para Nabi sebelumku pada petang hari
Arafah ialah: Yang bermaksud: "Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya
melainkan Allah. Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki kekuasaan, Dialah yang
memiliki kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara."
9. Pada Hari Arafah Az-Zubair bin Al-Awwam telah mendengar Rasulullah
s.a.w membaca ayat: Yang bermaksud: "Allah menerangkan (kepada sekalian
makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan
dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga
yang demikian): Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana."
10. Doa Nabi Muhammad s.a.w yang dihafal oleh orang ramai pada hari Arafah ialah:
Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, bagiMu segala puji-pujian sebagaimana yang
kupuji dan segala kebaikan yang kukatakan. Wahai Tuhanku, kepadaMu sembahyangku,
segala ibadatku, kehidupanku, matiku, kepadaMu tempat kukembali dan bagiMu segala
peninggalanku. Wahai Tuhanku, aku memohon pelindung kepadaMu daripada azab
kubur, dari penyakit hati yang waswas dan dari urusan yang tidak tersusun. Wahai
Tuhanku, aku berlindung denganMu dari keburukan yang datang dengan angin, dari
keburukan yang berlaku pada malam dan siang juga dari keburukan bala bencana
sehari-harian."
11. Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mendengar kata-kataku dan
melihat tempatku, mengetahui setiap yang aku rahsiakan dan yang aku zahirkan, tidak
boleh disembunyikan sesuatupun dari pengetahuanMu. Aku hamba yang kerdil lagi
fakir, memohon pertolongan dan balasan. Aku hamba yang takut dan meminta belas
kasihan serta mengaku terhadap segala kesalahan, aku meminta daripadaMu sebagai
permintaan orang yang berhajat dan mengadu kepadaMu sebagai aduan orang yang
bersalah dan hina diri. Aku berdoa kepadaMu sebagai doa orang yang amat takut lagi
tenat, orang yang menundukkan kepala serta seluruh anggota tubuh badan hanya
kepadaMu."
12. Yang bermaksud: "Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah.
Tiada sekutu bagiNya, Dialah Yang Memiliki Kerajaan dan Dialah Yang Memiliki
Kepujian, di sisiNya segala kebaikan dan Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap
perkara. Wahai Tuhanku, sinarkanlah hatiku, dadaku, pendengaranku dan
penglihatanku dengan cahayaMu. Wahai Tuhanku, lapangkanlah jiwaku,
permudahkanlah urusanku. Aku berlindung denganMu dari segala waswas hati, dari
urusan yang tidak teratur dan dari fitnah kubur. Wahai Tuhanku, aku berlindung
denganMu dari segala keburukan yang berlaku pada malam dan siang, dari keburukan
yang didatangkan oleh angin dan dari segala bencana."
13. Nabi Muhammad s.a.w telah berkhutbah pada hari Arafah dengan sabdanya yang
bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah s.w.tbersedia mengampun segala
dosa-dosa kamu pada hari ini (Arafah) kecuali kesalahan yang bersangkutan dengan
orang lain di kalangan kamu. Allah s.w.t telah membalas keburukan kamu dengan
kebaikan, memberi apa sahaja yang dipohon oleh orang yang melakukan kebaikan."
Oleh itu pohonlah dengan nama Allah: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku,
janganlah Engkau jadikan doaku ini sia-sia, kasihani dan sayangilah aku
wahai Tuhan yang sebaik-baik tempat untuk memohon dan sebaik-baik Pemberi."
Arafah - Bertolak Ke Muzdalifah:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Selepas matahari tenggelam pada hari Arafah berdasarkan lenyapnya ufuk kuning,
Usamah bin Zaid mengekori Nabi Muhammad s.a.w dari belakang.
2. Mereka meneruskan perjalanan secara biasa, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan.
Apabila tiba di suatu kawasan lapang yang luas, baginda mempercepatkan perjalanan dan
apabila tiba di suatu kawasan bukit, Nabi Muhammad s.a.w menghulurkan tali kekang
unta yang bernama al-Adhbaa' sedikit demi sedikit sehingga untanya berjaya mendaki
bukit tersebut. Baginda sentiasa menyebut ucapan Talbiah di sepanjang perjalanan.
3. Nabi Muhammad s.a.w berkhutbah kepada orang ramai dengan sabdanya: "Wahai
manusia! bertenanglah kerana kebaikan bukan dengan gopoh-gapah."
4. Dalam perjalanan, Nabi Muhammad s.a.w menghala ke kawasan perkampungan (As-
Syu'ab) yang terletak di sebelah kiri jalan dan di antara dua tempat yang pernah Nabi
Muhammad s.a.w berhenti, lalu Nabi Muhammad s.a.w membuang air kecil kemudian
berwuduk. Melihat Nabi Muhammad s.a.w berwuduk, Usamah terus bertanya: "Adakah
kita ingin mendirikan sembahyang di sini wahai Rasulullah?" Nabi Muhammad
s.a.w menjawab: "Kita akan mendirikan sembahyang di tempat yang akan kita lalui
nanti."
Arafah - Pengenalan Kawasan:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
Muhassir:
Ia terletak di antara Mina dan Muzdalifah, tetapi bukan terletak di kawasan Mina mahupun
Muzdalifah. Tempat inilah Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya ke atas Ashabul Fil dan
dinamakan dengan Muhassir ialah kerana gajah mengalami kepenatan semasa berada di
tempat tersebut serta tidak dapat meneruskan perjalanan.
Uranah:
Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam.
* Ia terletak di antara Arafah dan Masy'arilharam tetapi tidak termasuk di dalam kedua-dua
kawasan tersebut.
* Mina termasuk di dalam tanah haram dan ia juga merupakan Masy'ar.
* Muhassir termasuk di dalam tanah haram tetapi bukan Masy'ar.
* Muzdalifah merupakan tanah haram dan Masy'ar.
* Uranah tidak termasuk di dalam Masy'ar dan bukan dari tanah haram. Ia merupakan tanah
halal.
* Arafah adalah tanah halal dan merupakan Masy'ar.
Haji Wida' > Muzdalifah
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w tiba di Muzdalifah, Rasulullah s.a.w berhenti
berhampiran dengan api yang berada di Quzah lalu berwuduk sehingga betul-betul
sempurna, kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan tukang azan supaya
melaungkan azan seterusnya iqamat lalu baginda mendirikan sembahyang Maghrib
sebelum menurunkan barang-barang dan mentelekukan unta. Setelah mereka selesai
menurunkan barang-barang, Rasulullah s.a.wmemerintahkan supaya diiqamatkan
untuk sembahyang, kemudian Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Isyak tanpa
azan dan tidak diselangi antara keduanya dengan sembahyang yang lain.
2. Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w tidur di Muzdalifah sehingga pagi tanpa
menghidupkan malam itu (dengan Qiamullail).
3. Ketika waktu sahur (pagi), golongan lemah yang terdiri daripada kanak-kanak dan
perempuan termasuk Saudah dan Ummu Habibah telah meminta keizinan daripada
baginda untuk menuju ke Mina terlebih dahulu sebelum dipenuhi oleh orang ramai.
Ketika itu bulan baru sahaja tenggelam tetapi fajar masih belum lagi menyingsing,
lalu baginda mengizinkan mereka.
4. Rasulullah s.a.w memerintahkan kanak-kanak supaya tidak melontar sebelum
naik fajar tetapi Rasulullah s.a.w mengizinkan kepada perempuan untuk melontar
sebelum matahari terbit kerana keadaan mereka yang lebih sukar dan susah untuk
berlindung dari orang ramai. Di antara golongan wanita yang melontar sebelum fajar
ialah Asma' binti Abu Bakar dan Ummu Salamah.
Haji Wida' > Mina (Korban)
Mina (Korban) - Bertolak Ke Mina:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Setelah menyingsing fajar Hari Raya Korban iaitu Hari Raya Haji Akbar serta
hari yang diserukan dengan penyucian Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w dari
segala bentuk kesyirikan, Rasulullah s.a.w terus mendirikan sembahyang subuh
kemudian menunggang unta baginda yang bernama al-Qaswa' menuju ke Masy'aril
Haram kemudian berhenti di Quzah. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud: "Seluruh kawasan Muzdalifah adalah tempat wuquf kecuali kawasan
Wadi Muhassir" SeterusnyaRasulullah s.a.w menghadap ke arah kiblat dan berdoa
dengan penuh rasa rendah diri, bertahlil, bertakbir (membesarkan Allah s.w.t.)
serta berzikir (mengingati Allah s.w.t.). Rasulullah s.a.w terus berada (berwuquf)
di sana sehingga cahaya fajar hilang dan ketika itu matahari masih belum lagi
terbit.
2. Semasa berada di sana, baginda ditanya oleh seorang lelaki yang bernama
Urwah bin Madras bin At-Taie dengan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku tiba dari
bukit Tai' dengan memecut unta tungganganku sehingga unta dan diriku terasa
letih. Demi Allah, aku tidak meninggalkan suatu bukit pun kecuali setelah aku
berhenti (Wuquf) di situ. Adakah ibadat Hajiku dikira sah?." Rasulullah
s.a.w menjawab dengan sabdanya: "Sesiapa yang menyaksikan sembahyang kami
ini lalu berhenti (Wuquf) bersama-sama kami sehinggalah kami bertolak dan dia
juga telah Wuquf di Arafah sebelum itu samada pada waktu malam atau siang,
bermakna dia telah menyempurnakan Hajinya serta telah menunaikan ibadatnya
(sah Hajinya) "
3. Setelah kesemua jemaah Haji tiba di Jam'in, Rasulullah
s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengampun dosa-dosa golongan
yang baik dari kalangan kamu, memberi syafaat kepada golongan baik dan juga
golongan yang jahat di kalangan kamu kerana rahmat diturunkan secara umum
tanpa membezakan antara satu sama lain. Rahmat tersebut diturunkan sehingga
melimpahi bumi lalu terkena kepada orang-orang bertaubat yang menjaga lidah dan
tangan masing-masing. Dalam masa yang sama iblis serta tentera-tenteranya berada
di atas bukit Arafah memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Allah
s.w.t terhadap umat manusia. Sebaik sahaja rahmat diturunkan, iblis dan tenteratenteranya
akan mendoakan kepada umat manusia dengan kecelakaan dan
kebinasaan. Iblis berkata: "Sesungguhnya aku telah menipu mereka sekian lama
supaya takut kepada keampunanAllah (s.w.t.). Lalu iblis beredar dari bukit Arafah
dan terus berkeliaran sambil mendoakan mereka dengan kecelakaan serta
kebinasaan.
4. Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan lagi perjalanan di Muzdalifah sambil
bertalbiah. Rasulullah s.a.w diiringi oleh Al-Fadli bin Abbas. Sementara itu
Usamah bin Zaid bertolak mengekori Rasulullah s.a.w secara berjalan kaki
bersama rombongan Quraisy. Setelah berjalan beberapa ketika Rasulullah
s.a.w memerintahkan Al-Fadli bin Abbas supaya memungut batu-batu kecil
kepada Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh biji untuk setiap Jamrah (bukan
dipecahkan dari bukit dan tidak dipungut pada malam hari sebagaimana yang
dilakukan oleh jemaah Haji pada hari ini). Rasulullah s.a.w mengambil tujuh biji
batu kecil lalu menggongcang di tapak tangan sambil berkata: "Lontarlah dengan
menggunakan biji-biji batu seumpama ini. Berhati-hatilah, jangan kamu
melampaui batas-batas ugama kerana orang-orang yang terdahulu daripada kamu
telah binasa disebabkan tindakan tersebut".
5. Semasa dalam perjalanan, Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang perempuan
cantik daripada kaum Khas'am. Perempuan itu bertanyakan mengenai Haji untuk
ayahnya yang telah uzur dan tidak mampu untuk menaiki tunggangan.
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya beliau menunaikan Haji untuk
ayahnya. Ketika itu Al-Fadli dan perempuan tersebut saling berpandangan. Al-
Fadhli juga merupakan seorang yang berambut cantik, putih dan tampan.
Lalu Rasulullah s.a.w melambai-lambai Al-Fadli supaya beliau berpaling ke arah
lain, agar tidak memandang kepada perempuan tadi dan perempuan tersebut juga
tidak memandangnya. Al-Abbas berkata: "Aku telah palingkan pandangan anak
saudaramu". Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku telah memerhati seorang pemuda
dan pemudi. Mereka berdua tidak aman daripada syaitan"
6. Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai emaknya
dengan berkata: Dia (emaknya) begitu tua dan amat lemah. Sekiranya diusung dia
tidak mampu untuk berpegang dan sekiranya diikat aku takut dia akan
mati. Rasulullah s.a.w bersabda: "Apa pandangan kamu sekiranya emak kamu
telah berhutang. Adakah kamu akan membayarnya?" Jawab lelaki tersebut:
"Ya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Maka tunaikanlah Haji untuk emak kamu"
7. Apabila sampai di Wadi Muhassir, Rasulullah s.a.w memecut untanya untuk
mempercepatkan perjalanan. Begitulah kebiasaan Rasulullah s.a.wapabila tiba di
tempat-tempat yang telah diturunkan bala oleh Allah Taala kepada musuhmusuhnya.
8. Rasulullah s.a.w telah mengikuti jalan pertengahan di antara dua jalan keluar
iaitu melalui Jamrah Kubra, sehingga sampai ke Mina.
Mina (Korban) - Jamrah Aqabah:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Jabir bin Abdullah berkata: "Aku telah melihat Rasulullah s.a.w berada di atas
tunggangan pada Hari Raya Korban. Rasulullah s.a.w bersabda kepada
kami: "Lakukanlah sebagaimana yang aku telah lakukan apabila kamu ingin
mengerjakan ibadat Haji. Sesungguhnya aku tidak pasti adakah aku akan dapat
mengerjakan ibadat Haji lagi selepas ibadat Hajiku ini"..
2. Rasulullah s.a.w sentiasa bertalbiah sehinggalah sampai di Jamrah Aqabah,
barulah Rasulullah s.a.w berhenti dari bertalbiah. Rasulullah s.a.w berhenti di
lembah tersebut dan menjadikan Baitullah berada di sebelah kiri manakala
Mina di sebelah kanan serta menghadap ke arah Jamrah. Ketika itu Rasulullah
s.a.w berada di atas tunggangan. Rasulullah s.a.w melontar dalam keadaan
berada di atas tunggangan selepas naik matahari satu demi satu serta bertakbir
bersama setiap lontaran.. Bilal, Usamah bin Zaid dan al-Fadli bin Abbas ada
bersama baginda. Usamah memegang tali unta sementara Bilal dan Al-Fadli bin
Abbas memayungi baginda dari panas dengan menggunakan kain
3. Ketika itu orang ramai penuh sesak, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai
umatku sekalian! Janganlah kamu membunuh antara satu sama lain. Apabila
kamu melontar di Jamrah, lontarlah sebagaimana batu
ini." Kemudian Rasulullah s.a.w melontar seterusnya diikuti oleh orang ramai.
4. Qudamah bin Abdullah Al-Ala'i menggambarkan perarakan Rasulullah
s.a.w dengan katanya: "Rasulullah s.a.w telah melontar Jamrah Aqabah di
tengah perlembahan itu pada Hari Raya Korban ketika berada di atas unta tanpa
bersesak-sesak dengan orang ramai."
Mina (Korban) - Kembali Ke Mina:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w tidak berhenti di Jamrah Aqabah sebaliknya Rasulullah
s.a.w kembali ke Mina dan memberi khutbah kepada orang ramai serta
membahagikan tempat-tempat untuk mereka dengan bersabda: Orang-orang
Muhajirin hendaklah berada di kawasan ini (sambil menunjuk bahagian kanan
kiblat) dan orang-orang Ansar di kawasan ini (sambil menunjuk bahagian kiri
kiblat). Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Orang ramai yang lain hendaklah
berada di sekeliling mereka, agar mereka (Muhajirin dan Ansar) dapat
mengajar orang ramai mengenai ibadat Haji."Seluruh ahli Mina memerhatikan
sabda Rasulullah s.a.w sehingga dapat mendengarnya dari tempat kediaman
masing-masing
2. Di antara khutbah Rasulullah s.a.w : "Wahai manusia: Hari apakah hari
ini?" Mereka menjawab: "Hari haram." Rasulullah s.a.w bersabda:"Negeri
apakah ini?" Mereka menjawab: "Negeri (tanah) haram". Rasulullah
s.a.w bersabda: "Bulan apakah sekarang ini?" Mereka menjawab: "Bulan
haram." Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya darah, harta dan barangan
kamu diharamkan kepada kamu sebagaimana ia diharamkan pada hari ini,
negeri ini dan pada bulan kamu ini." Rasulullah s.a.w mengulanginya
beberapa kali kemudian mendongak (ke langit) seraya berkata: "Wahai
Tuhanku! Bukankah aku telah sampaikan? Bukankah aku telah
sampaikan?" Orang ramai menyahut dengan menjawab: "Bahkan," (kamu telah
menyampaikan). Rasulullah s.a.w bersabda: "Celakalah! (Ingatlah) Janganlah
kamu kembali kufur selepas kematianku dengan menzalimi antara satu sama
lain."
Mina (Korban) - Berkorban DiMina:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Kemudian Rasulullah s.a.w bertolak untuk berkorban di Mina dan
memberitahu kepada para sahabat bahawa seluruh kawasan Mina merupakan
tempat untuk berkorban. Lorong-lorong di Mekah juga merupakan jalan dan
tempat berkorban. Rasulullah s.a.w sendiri telah menyembelih enam puluh tiga
ekor badanah (unta atau lembu) dengan menggunakan pisau yang biasa baginda
gunakan. Unta disembelih dalam keadaan berdiri secara kaki kirinya diikat.
Bilangan unta yang disembelih oleh Rasulullah s.a.w sama jumlahnya dengan
umur Rasulullah s.a.w.
2. Kemudian Rasulullah s.a.w. berhenti dari menyembelih dan memerintahkan
Ali bin Abu Talib r.a menyembelih binatang yang masih berbaki sebanyak tiga
puluh tujuh ekor. Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya disedekahkan
pakaian unta, kulit dan dagingnya kepada golongan miskin.Rasulullah
s.a.w. juga memerintahkan supaya daging korban tidak diberi kepada
penyembelih. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kami akan berikan kepada
penyembelih dari bahagian kami." Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Sesiapa
yang ingin potong, potonglah".
3. Kemudian Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya setiap binatang korban
dibahagikan dan sebahagian daripadanya dimasukkan ke dalam periuk untuk
dimasak, dimakan dagingnya serta dihirup kuahnya. Wallahu A'lam.
4. Rasulullah s.a.w. telah mengorbankan lembu untuk isteri-isteri Rasulullah
s.a.w..
5. Rasulullah s.a.w telah ditanya oleh para sahabat untuk membina sebuah
peneduh di Mina yang boleh memayungi Rasulullah s.a.w. dari panas.
menjawab: "Jangan. Mina adalah tempat untuk pengunjungnya merasai panas
dan sejuk."
Mina (Korban) - Bercukur:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Selepas berkorban, Rasulullah s.a.w memanggil tukang cukur yang bernama
Muammar lalu beliau mencukur rambut Rasulullah s.a.w. Ketika itu umat
Islam datang meminta rambut Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w memandang
muka beliau lalu bersabda: "Wahai Muammar! Kamu boleh melakukan apa
sahaja kepada Rasulullah ketika pisau cukur ada di tanganmu." Muammar
menjawab: "Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya yang demikian itu
adalah nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. kepadaku." Rasulullah s.a.w berkata
kepada tukang cukur: "Cukurlah."Sambil menunjuk pada bahagian kanan.
Setelah selesai, Rasulullah s.a.w membahagikan rambut kepada sahabat yang
berada di belakangnya. Kemudian Rasulullah s.a.w menunjuk kepada tukang
cukur, lalu dicukur pula pada bahagian kiri kepala Rasulullah s.a.w. Selepas
ituRasulullah s.a.w bersabda: "Datang ke sini wahai Abu
Talhah!." Lalu Rasulullah s.a.w menyerahkan rambutnya kepada Abu Talhah
Al-Ansari untuk dibahagikan kepada orang ramai.
2. Setelah Rasulullah s.a.w selesai bercukur rambut, memotong misai dan
jambang serta mengerat kuku, Rasulullah s.a.w memerintahkan agar rambut
dan kuku tersebut ditanam.
3. KetikaRasulullah s.a.w sedang bercukur, Khalid bin Al-Walid meminta jambul
yang berada di atas dahi baginda lalu diberikan kepadanya. Khalid meletakkan
rambut tersebut di bahagian hadapan serban beliau sebagai perhiasan sehingga
beliau berjaya mengalahkan musuh dengan keberkatan jambul tersebut.
4. Kebanyakan sahabat mencukur rambut dan sesetengah mereka pula hanya
menggunting sahaja. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Yang
bermaksud:"Wahai Tuhanku! Ampunilah mereka yang bercukur." Selepas
diulang tiga kali, Rasulullah s.a.w ditanya: "Bagaimana dengan orang yang
berguting wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w terus bersabda: "Juga kepada
orang yang bergunting". Iaitu pada kali keempat.
5. Setelah Rasulullah s.a.w selesai bercukur, Rasulullah s.a.w memakai wangiwangian
serta memakai baju. Seterusnya orang ramai pun bertahallul.
6. Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Aku telah
bercukur sebelum menyembelih." Rasulullah s.a.w bersabda:"Sembelihlah,
jangan ragu-ragu". Kemudian seorang lelaki lain datang menemui Rasulullah
s.a.w lalu bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan Tawaf Ifadhah
sebelum menyembelih." Rasulullah s.a.w bersabda: "Bercukurlah, jangan
ragu-ragu". Kesemua soalan yang di kemukakan kepada Rasulullah s.a.w pada
hari itu, Rasulullah s.a.w hanya menjawab: "Lakukanlah dan jangan raguragu".
7. Kemudian Rasulullah s.a.w mengutuskan Abdullah bin Huzafah As-Sahmi,
dalam riwayat lain Kaab bin Malik untuk memberitahu kepada orang ramai di
Mina bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya hari ini adalah
hari untuk makan, minum, berkahwin dan mengingati Allah s.w.t".
Haji Wida' > Masjidilharam
Masjidilharam: Tawaf Ifadhah:
Sabtu 10-12-10 H 7-3-632 M
1. Seterusnya Rasulullah s.a.w bertolak ke Mekah sebelum waktu Zuhur dengan
menunggang unta serta diiringi oleh Muawiyah bin Abi Sufian yang
mengikuti Rasulullah s.a.w dari Mina hingga ke Mekah. Kemudian Rasulullah
s.a.w melakukan Tawaf Ifadhah iaitu Tawaf ziarah yang dikenali juga dengan Tawaf
permulaan.
2. Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf di Baitullah ketika Haji Wida' secara
menunggang unta dan beristilam iaitu melambai Rukun (Hajarulaswad) dengan
menggunakan tongkat baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai. Mereka
bersesak-sesak mengerumuni baginda untuk bertanyakan urusan agama.
3. Rasulullah s.a.w bersembahyang Zuhur di Mekah, kemudian kembali ke Mina
dan mendapati orang ramai sedang menunggu Rasulullah s.a.w.Rasulullah
s.a.w mengimami para sahabat menunaikan sembahyang di Mina pada akhir waktu
Zuhur.
4. Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada malam Ahad kerana menunggu hari-hari
Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah).
5. Setelah selesai melakukan Tawaf, Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam.
Ketika itu orang ramai sedang minum. Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai anak
Abdul Muttalib! Jika bukan kerana orang ramai berebut-rebut (untuk menjaga
timba), nescaya aku akan turun dan minum bersama-sama kamu".
6. Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke tempat air lalu meminta air. Al-Abbas
berkata: "Wahai Fadli! Pergilah menemui emak kamu agar dia bawakan air yang ada
padanya untuk Rasulullah s.a.w." Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Bawakan air
kepadaku." Emak Fadli berkata: "Wahai Rasulullah! Mereka telah mencelup tangan
mereka ke dalam air tersebut." Rasulullah s.a.w bersabda: "Bawakan air kepadaku
(yang diminum oleh orang ramai)."Rasulullah s.a.w terus meminum air tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w pergi ke telaga Zamzam lalu minum dalam keadaan
berdiri.
- Saidatina Aisyah r.a melakukan sekali Tawaf dan sekali Saie sahaja pada hari itu.
Memadailah untuk ibadat Haji dan Umrah beliau.
- Safiah r.a juga melakukan Tawaf pada hari itu, kemudian beliau didatangi
haid. Rasulullah s.a.w bersabda: "Memadailah baginya Tawaf tersebut sebagai
Tawaf Wida' dan tidak perlu lagi melakukan Tawaf Wida'."
Haji Wida' > Mina
Mina - Melontar Jamrah:
Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w awal-awal lagi berada di Mina menunggu matahari gelincir.
Apabila matahari telah gelincir, Rasulullah s.a.w berjalan kaki membawa
tunggangan Rasulullah s.a.w ke setiap Jamrah tanpa menaikinya.
2. Rasulullah s.a.w memulakan lontaran di Jamrah al-Ula yang terletak selepas
Masjid Khaif dengan tujuh biji batu, satu demi satu. Rasulullah
s.a.w mengucapkan "Allah hu akbar" bersama setiap lontaran.
Kemudian Rasulullah s.a.w mara ke hadapan sehingga tiba di lembah yang lebih
rendah,Rasulullah s.a.w berdiri dengan menghadap ke arah kiblat.
Seterusnya Rasulullah s.a.w mengangkat tangan lalu berdoa dengan doa yang
panjang. Panjangnya umpama kadar bacaan surah al-Baqarah.
3. Kemudian Rasulullah s.a.w menuju ke Jamrah al-Wusta dan melontar
sebagaimana sebelumnya. Setelah selesai Rasulullah s.a.w membelok ke sebelah
kiri iaitu ke kawasan selepas al-Wada' lalu berhenti dengan menghadap ke arah
Kiblat dan berdoa hampir sama panjang dengan doa
4. Seterusnya Rasulullah s.a.w menuju ke Jamrah Aqabah lalu turun ke lembah
dengan menghadap ke arah Jamrah dimana Baitullah berada di sebelah
kiri Rasulullah s.a.w dan Mina di sebelah kanan Rasulullah s.a.w . Rasulullah
s.a.w melontar sebanyak tujuh lontaran sebagaimana tadi.
5. Kebiasaannya Rasulullah s.a.w melontar sebelum sembahyang Zuhur, selepas
daripada gelincir matahari, kemudian barulah Rasulullah s.a.w pulang menunaikan
sembahyang (Zuhur).
Keterangan:
1. Rasulullah s.a.w telah melontar pada setiap Jamrah: Sughra, Wusta dan
Aqabah.
2. Diriwayatkan bahawa surah an-Nasr telah diturunkan kepada Rasulullah
s.a.w pada hari tersebut dan Rasulullah s.a.w tahu bahawa ia merupakan
Wida' (selamat tinggal). Lalu Rasulullah s.a.w meminta sahabat supaya
mengambil unta tunggangannya yang bernama al-Qaswa'. Setelah unta diambil,
baginda terus beredar sehinggalah sampai di Jamrah Aqabah lalu orang ramai
berkumpul mengelilingi Rasulullah s.a.w .Rasulullah s.a.w memuji Allah
s.w.t dan mensyukuri apa yang telah dikurniakan kepada Rasulullah
s.a.w kemudian bersabda: "Wahai manusia! Bukankah Tuhan kamu
adalah Tuhan Yang Maha Esa. Bukankah ayah kamu adalah satu. Bukankah
tiada perbezaan di antara bangsa Arab dengan orang Ajam (asing) dan tiada
perbezaan di antara orang Ajam (asing) dengan orang Arab, juga tiada
perbezaan di antara yang berkulit hitam dari yang berkulit merah dan yang
berkulit merah dengan yang berkulit hitam melainkan dengan
taqwa."Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. ialah
orang yang paling bertaqwa. Bukankah aku telah sampaikan kepada
kamu?. Mereka semua menjawab: "Bahkan Rasulullah s.a.w telah
menyampaikan." Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Hendaklah orang yang
hadir memberitahu kepada orang yang tidak hadir dan berapa ramai orang
yang menyampaikan lebih mengambil berat daripada pendengar."
3. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Manusia!" Lalu Rasulullah
s.a.w membaca ayat al-Quran: Yang bermaksud: (Sesungguhnya perbuatan
mengundurkan (bulan Haram iaitu Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah)
itu adalah menambahkan kekufuran. Disesatkan orang-orang yang kafir
dengan perbuatan mengundur-undurkan itu. Mereka menghalalkannya setahun
dan mengharamkannya pada tahun yang lain agar mereka dapat menyesuaikan
dengan bilangan yang Allah s.w.t. haramkannya lalu mereka menghalalkan
apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.).
Bukankah masa telah beredar seperti keadaan hari Allah s.w.t. menjadikan
langit dan bumi. Seterusnya baginda membaca firman Allah s.w.t.: Yang
bermaksud: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan,
dalam ketetapan Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan Haram. Itulah ketetapan ugama yang lurus. Maka janganlah kamu
menzalimi diri kamu dalam empat bulan tersebut.
Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijah, Muharam serta Rejab yang
dikenali dengan bulan mudharat iaitu bulan yang di antara bulan Jamadilakhir
dan Syaaban. Bagi setiap bulan ada dua puluh sembilan atau tiga puluh hari.
Tidakkah aku telah sampaikan? Orang ramai menjawab: "Ya." Rasulullah
s.a.w bersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku."
4. Amru bin Yathribi bertanya: "Wahai Rasulullah! Apa pandangan kamu
sekiranya aku berjumpa kambing-kambing sepupuku lalu aku ambil salah
seekor darinya lalu memanfaatkannya." Rasulullah s.a.w bersabda: "Sekiranya
kamu berjumpa binatang tersebut bersama dengan pisau menyembelih dan
kayu untuk memasak di suatu kawasan padang pasir (kawasan yang sunyi),
janganlah kamu mengusiknya."
5. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Wahai manusia! Sesungguhnya kamu
mempunyai hak kewajipan terhadap perempuan-perempuan kamu dan mereka
pula berkewajipan untuk menjaga diri masing-masing daripada disetubuhi oleh
orang lain dan tidak membenarkan seseorang yang kamu benci memasuki
rumah kamu melainkan dengan izin kamu. Sekiranya mereka (isteri) melakukan
perkara tersebut, Allah s.w.tmemberi keizinan kepada kamu untuk memisahkan
mereka dari tempat tidur dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak
melukakan. Sekiranya mereka berhenti daripada melakukan perkara tersebut
serta taat kepada kamu, kamu wajib memberi nafkah dan pakaian dengan cara
baik. Sesungguhnya perempuan-perempuan yang ada di sisi kamu merupakan
golongan yang lemah, tidak memiliki sesuatupun untuk diri mereka.
Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah s.w.t. dan
menghalalkan hubungan (suami isteri) dengan kalimah Allah s.w.t.. Oleh itu
bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. terhadap perempuan-perempuan dan
berpesanlah kepada mereka dengan kebaikan. Bukankah aku telah sampaikan
kepada kamu? Orang ramai menjawab: "Ya." Rasulullah
s.a.w bersabda:"Saksikanlah wahai Tuhanku"
6. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya syaitan
telah berputus asa untuk menggoda kamu di tempat kamu ini tetapi dia telah
redha kerana kamu mengikutnya dengan melakukan dosa yang keji.
"Sesungguhnya setiap orang Islam merupakan saudara kepada orang Islam
yang lain. Setiap orang Islam adalah bersaudara dan tidak dihalalkan
(diharam) kepada mereka menumpahkan darah serta mengambil harta
saudaranya kecuali dengan keizinan. Sesungguhnya aku diperintahkan untuk
memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah s.w.t.. Apabila mereka mengucapkannya, darah dan
harta mereka akan terselamat daripadaku kecuali dengan hak. Balasannya
hanya terpulang kepada Allah.
Oleh yang demikian janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri. Jangan
kamu kembali kepada kekufuran selepas kematianku dengan menzalimi antara
satu sama lain. Sesungguhnya aku telah tinggalkan sesuatu yang tidak akan
menyesatkan kamu selama-lamanya jika kamu berpandukannya iaitu: Kitab
Allah s.w.t. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu? Orang ramai
menjawab: "Ya." Baginda s.a.wbersabda: "Saksikanlah wahai Tuhanku."
1. Baginda s.a.w tidak segera menyempurnakan lontaran dalam masa dua hari
sebaliknya Baginda s.a.w melewatkannya sehingga berjaya menyempurnakan
lontaran pada ketiga-tiga hari Tasyrik. Selepas sembahyang Zuhur pada hari
Selasa, Baginda s.a.w bertolak ke Muhassab iaitu Abtah yang dikenali juga
dengan Khaif Bani Kinanah.
2. Baginda s.a.w telah mendapati Abu Rafi' telah membina sebuah khemah di
sana (dengan taufik daripada Allah s.w.t.) tanpa diperintah olehRasulullah
s.a.w untuk membinanya. Rasulullah s.a.w sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib
dan Isyak seterusnya Baginda s.a.w tidur seketika.
3. Kemudian Rasulullah s.a.w menuju ke Mekah.
4. Saidatina Aisyah r.a berkata: "Wahai Rasulullah! Orang ramai akan pulang
dari mengerjakan Haji dan Umrah sedangkan aku akan pulang hanya dengan
mengerjakan Haji." Rasulullah s.a.w bersabda: "Adakah kamu telah Tawaf
pada malam kita sampai di Mekah?" Beliau
menjawab:"Tidak." Baginda s.a.w. memanggil Abdul Rahman bin Abu Bakar
lalu bersabda: "Keluarlah dengan kakak kamu dari Tanah Haram (ke
Tan'im)." Baginda s.a.w. juga bersabda kepada Saidatina Aisyah r.a: "Pergilah
bersama saudara kamu ke Tan'im dan niatlah Umrah, kemudian ingatlah
tempat untuk bertemu. Selepas itu kamu berdua datanglah ke
Muhassab. Saidatina Aisyah r.a berkata lagi: "Lalu dengan izin Allah
s.a.w. aku dapat menunaikan Umrah. Kami selesai mengerjakan Tawaf pada
pertengahan malam lalu terus menemui Baginda s.a.w. di Muhassab. Nabi
Muhammad s.a.w bersabda: "Adakah kamu telah selesai?" Kami menjawab:
"Ya." Lalu Baginda s.a.w. mengizinkan orang ramai bertolak
Mina - Hari-hari Tasyrik:
Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Hari-hari Tasyrik ialah: Hari 11, 12 dan 13 Zulhijah. Jemaah Haji hendaklah
bermalam di Mina pada hari-hari Tasyrik untuk melontar setiap Jamrah. Hari
kesebelas bulan Zulhijah dinamakan hari Ru'us (kepala). Sebab digelar dengan
nama tersebut ialah kerana mereka menyembelih pada Hari Raya Korban
kemudian memasak kepala-kepala binatang sembelihan mereka pada malamnya
dan makan pada waktu pagi.
2. Allah s.w.t menyebut hari-hari Tasyrik di dalam firmanNya: Yang
bermaksud: Sesiapa yang tergesa-gesa (meninggalkan Mina) dalam masa dua
hari, dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang lewat (meninggalkan Mina), dia
tidaklah berdosa dan tidak berdosa itu adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa. Setiap orang Islam hendaklah bermalam di Mina pada ketiga-tiga
hari Tasyrik atau sesiapa yang ingin mempercepatkannya dalam masa dua
hari, tidak menjadi kesalahan kepadanya.
3. Rasulullah s.a.w bermalam di Mina pada ketiga-tiga hari Tasyrik tanpa
mempercepatkannya (meninggalkan Mina). Baginda s.a.w. melontar setiap
Jamrah tiga hari berturut-turut.
4. Abbas, bapa saudara Baginda s.a.w. meminta izin untuk bermalam di Mekah
pada malam-malam yang perlu bermalam di Mina kerana telah ditugaskan
memberi minum kepada jemaah Haji, lalu Baginda s.a.w. mengizinkannya.
Pengembala unta di Baitutah, kawasan luar Mina juga meminta izin
daripada Baginda s.a.w.. Mereka diberi keringanan untuk melontar pada hari
Raya Korban lalu mereka gabungkan lontaran yang perlu dibuat dalam masa
dua hari selepas Hari Raya Korban kepada salah satu daripada hari tersebut
sahaja.
Mina - Peristiwa Lain:
Ahad 11-12-10 H 8-3-632 M
1. Saad bin Abi Waqqas telah ditimpa sakit lalu Nabi Muhammad s.a.w datang
menziarahinya. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Aku berada dalam
kesakitan sebagaimana yang engkau lihat. Aku mempunyai harta tetapi tiada
siapa yang akan mewarisi hartaku kecuali seorang anak perempuan. Adakah
aku boleh menyedekahkan dua pertiga dari hartaku?" Nabi Muhammad
s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku bertanya: :"Bagaimana kalau separuh
darinya?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Tidak boleh." Aku berkata
lagi: "Bagaimana kalau satu pertiga darinya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Satu
pertiga, sedangkan satu pertiga adalah jumlah yang besar. Sesungguhnya jika
kamu meninggalkan pewaris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik
daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa, mengemis kepada
orang lain. Sesungguhnya jika kamu berbelanja hanya untuk mendapatkan
keredaan Allah s.w.t, tentu kamu akan dibalas oleh Allah s.w.t walaupun apa
yang disuap (dimakan) oleh isteri kamu." Beliau berkata: "Wahai Rasulullah!
Adakah aku akan hidup selepas daripada sahabat-sahabatku?" Baginda
s.a.w. menjawab: "Kamu tidak akan kekal (hidup), oleh itu kamu hendaklah
melakukan amalan kebaikan kerana ia akan menambah kebajikan dan
ketinggian kamu. Kemungkinan kamu akan kekal hidup selepas daripada
mereka sehingga beberapa kaum mendapat manfaat dan mudharat daripada
kamu. Wahai Tuhanku! Terimalah hijrah sahabat-sahabatku dan janganlah
Engkau ketepikan mereka."
2. Rasulullah s.a.w telah meninggalkan seorang lelaki bersama Saad bin Abi
Waqqas lalu bersabda: "Sekiranya dia mati di Mekah, janganlah kamu
kebumikannya di situ kerana beliau tidak suka mati di tempat yang pernah
beliau berhijrah darinya."
Haji Wida' > Masjidilharam
Masjidilharam: Tawaf Wida':
Rabu 14-12-10 H 11-3-632 M
1. Rasulullah s.a.w telah memasuki Mekah pada waktu malam hampir dengan waktu
sahur lalu melakukan Tawaf Wida' dengan berjalan kaki, tidak menunggang dan tidak
pula berlari-lari pada Tawaf tersebut. Ini merupakan kali terakhir Rasulullah
s.a.w berada di Baitul Atik (Kaabah).
2. Selepas itu Rasulullah s.a.w keluar dari Mekah, kemudian terus berjalan sehingga
sampai di Muhassab lalu memberitahu para sahabat supaya berangkat pulang ke
Madinah.
Haji Wida' > Madinah
Pulang Ke Madinah:
Rabu 14-12-10 H 11-3-632 M
Setelah melihat Kota Madinah, Baginda s.a.w. bertakbir tiga kali dengan ucapan:
Yang bermaksud: "Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar,Allah Yang
Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada
sekutu baginya, baginya kerajaan, bagiNya segala kepujian dan Dia berkuasa ke atas
sesuatu. Orang-orang yang kembali, orang yang beribadat dan orang yang sujud,
tunduk kepada Tuhan kami.Allah Maha Menepati segala janji-janjiNya, memberi
kemenangan kepada hambanya dan mengalahkan musuh dengan bersendirian. Wahai
Tuhan kami, kami berlindung denganMu dari segala kesusahan dalam perjalanan,
berpandangan buruk terhadap harta benda, keluarga dan anak-anak. Wahai Tuhan
kami, sampaikan kami kepada kebaikan yang boleh membawa kepada keampunan
dan keredhaanMu.
aljazirahumrahtravela@yahoo.com

dam

DAM


Menyembelih binatang dan penggantinya dam itu daripada makanan atau puasa yang wajib ditunaikan oleh orang yang mengerjakan haji dan umrah jika ia meninggalkan salah satu daripada perkara wajib haji/umrah ATAU melakukan perkara-perkara larangan semasa ihram ATAU menunaikan haji Tamattu', Qiran dengan syarat-syaratnya

DAM IHSAR

PENGERTIAN
Dam untuk tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bagi seseorang yang sudah berniat ihram tetapi tidak dapat menyelesaikan hajinya atau umrahnya.

SEBAB-SEBAB
Terhalang atau terkepung dalam perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit

SEBAB-SEBAB LAIN
dam Ihsar boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah perempuan yang datang haid dan tidak dapat menyelesaikan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air (Haji atau Umrahnya belum selesai). Dia hendaklah pergi lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menyelesaikan kerja-kerja haji atau umrahnya yang belum selesai jika mampu.

CARA MELAKSANAKAN DAM IHSAR
Setelah keluar dari Mekah dua marhalah (91 km) atau lebih atau setelah sampai ke tanah air hendaklah:

1.
Menyembelih seekor kambing dan bercukur atau bergunting (dengan itu, maka terlepaslah dari semua pantang larang ihram)
2.
Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin tempatan
3.
Jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


DAM TERTIB DAN TAQDIR

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1.
Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya)
2.
Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
3.
Luput wuquf di Arafah
4.
Tidak melontar Jamrah
5.
Tidak bermalam di Mina (dengan syarat-syaratnya)
6.
Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat-syaratnya)
7.
Tidak berihram di Miqat
8.
Meninggalkan Tawaf Wada'
9.
Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji

DAM YANG DIKENAKAN
Menyembelih seekor kibasy atau kambing atau 1/7 daripada lembu atau unta atau kerbau

JIKA TIDAK BERKUASA
Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari dimasa haji dan 7 hari apabila ia balik ke tempatnya

JIKA TIDAK BERDAYA BERPUASA
Dengan sebab tua, maka dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak)

JIKA TIDAK BERDAYA JUGA
Tertanggunglah di atas zimmahnya


DAM TERTIB DAN TA'DIL

PENGERTIAN
Ta'dil bermakna apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan hendaklah diganti dengan puasa

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja UmrahDAM YANG DIKENAKAN
1.
Menyembelih seekor unta
2.
Jika tidak berkuasa: Menyembelih seekor lembu
3.
Jika tidak berkuasa: Digantikan dengan 7 ekor kambing
4.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
5.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya dan wajib qada' pada tahun berikutnya
ATAU
Tertahan/ditahan oleh musuh dalam perjalanan atau terkepung tidak dapat masuk Mekah sedangkan ia sudah berihramHENDAKLAH BERTAHALLUL IHSAR DAN DAM YANG DIKENAKAN
1.
Ia hendaklah bertahallul (Ihsar) iaitu menyembelih seekor kambing dan bercukur/bergunting
2.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul
3.
Jika tidak berkuasa: Hendaklah puasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing


DAM TAKHYIR DAN TA'DIL

PENGERTIAN
Takhyir bererti boleh dipilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

Berburu binatang buruan sama ada di Tanah Haram atau HalalDAM YANG DIKENAKAN
1.
Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu, kalau rusa bandingannya lembu, kalau kijang bandingannya kambing
2.
ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3.
ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari
ATAU
Mengerat, menebang atau mencabut pokok dalam Tanah Haram Mekah kecuali pokok yang mati (kering)DAM YANG DIKENAKAN
1.
Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok yang dikerat/ditebang/dicabut, kalau pokok besar bandingannya lembu dan kalau kecil bandingannya kambing
2.
ATAU: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
3.
ATAU: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari


DAM TAKHYIR DAN TAQDIR

PENGERTIAN
Ketetapan pada barang yang boleh diganti

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN DAM

1.
Membuang/mencabut/menggunting 3 helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota
2.
Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja
3.
Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya
4.
Memakai bau-bauan dengan sengaja
5.
Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada bulu tumbuhan di pipi dan di dahi dengan sengaja
6.
Melakukan perkara permulaan persetubuhan dengan sengaja
7.
Melakukan persetubuhan selepas selesai Tahallul Awal, tetapi belum selesai Tahallul Kedua dengan sengaja
8.
Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji dengan sengaja

DAM YANG DIKENAKAN
Menyembelih seekor kambing

ATAU
Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang

ATAU
Berpuasa tiga hari

kelebihan bulan zulhijjah

Zulhijjah untuk tahun ini
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;
HARI
KELEBIHANNYA

1 ZULHIJJAH
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH,
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.